Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

Faks : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [aduan anda] 

hantar ke 15888

 

Waktu bekerja
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

 

 

 
 

Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri - Teksi

TEKSI

SKIM BAHARU DI BAWAH PERKESO

Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri.

 

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas pemandu teksi dan perkhidmatan seumpamanya di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Akta ini berkuatkuasa mulai 13 Jun 2017.

 

Tempoh perlindungan selama 12 bulan mulai dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi cetakan pada resit bayaran caruman.

 

SKIM BENCANA KERJA PEKERJAAN SENDIRI

PERKESO menyediakan skim perlindungan untuk pemandu teksi atau individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya di bawah Skim Perlindungan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Skim ini menyediakan faedah tunai kepada pemandu teksi dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

 

PERKHIDMATAN TEKSI ATAU SEUMPAMANYA DI MALAYSIA
Jenis-jenis perkhidmatan teksi

  • Semua jenis perkhidmatan teksi/ kereta sewa seperti Teksi Bajet, Teksi Eksekutif, Limosin, Teksi Lapangan Terbang dan lain-lain.
  • Semua jenis perkhidmatan e-hailing seperti Grab, MyCar dan lain-lain.

KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur; dan
  • Mempunyai lesen memandu (JPJ) yang sah; dan
  • Mempunyai kad pemandu atau surat kebenaran dari LPKP (Sabah dan Sarawak) yang masih sah laku; atau
  • Berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Lesen Memandu; dan
  • Kad PSV atau Kad Pemandu / Surat kebenaran dari LPKP (Sabah dan Sarawak) yang masih sah laku atau dokumen / maklumat bukti berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing.

 

PEMBAYARAN CARUMAN

  • Pembayaran caruman boleh dibuat secara tunai di semua Pejabat PERKESO  seluruh Negara. 
  • Pembayaran juga boleh dibuat secara online melalui perbankan internet di  www.iperkeso.my 
  • Langkah-langkah pembayaran secara online adalah seperti berikut;
    a) Layari www.iperkeso.my.
    b) Daftar akaun iPERKESO.
    c) Lakukan pengesahan melalui emel. 
    d) Lengkapkan butiran peribadi dan muat naik dokumen diperlukan.
    e) Pilih pembayaran melalui ‘’Financial Process Exchange’’. 
    f) Muat turun resit.

 

FAEDAH-FAEDAH YANG DISEDIAKAN

  • Faedah Perubatan
  • Fedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pinjaman Pendidikan
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani, Vokasional dan Program “Return to Work (RTW)”

JADUAL PILIHAN CARUMAN

Kadar caruman berdasarkan opsyen pilihan pendapatan diinsuranskan sebanyak 1.25% daripada pendapatan sebulan.

Pilihan Pendapatan Diinsurankan Bayaran Caruman Setahun
1 RM1,050 RM157.20
2 RM1,550 RM232.80
3 RM2,950 RM442.80
4 RM3,950 RM592.80

 

pdfBrosur Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri

·  Berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing.

CetakEmel

 

qr code  Hakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[Penafian] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Resolusi Skrin: 1024 x 768 | Pelayar : Mozilla Firefox  dan Google Chrome Laman web dikemaskini pada 7 Disember 2018.
vmobile Laman web ini menyokong versi peranti mudah alih. Untuk Warga PERKESO | Kaunter Pelawat joomla
statistics
mscl