Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

Faks : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [aduan anda] 

hantar ke 15888

 

Waktu bekerja
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

 

 

 
 

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

NOTIS PEMBERITAHUAN SPS

 

SKIM DI BAWAH PERKESO
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri.

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas pemandu teksi, e-hailing (perkhidmatan pengangkutan penumpang) dan pemandu Bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789). Akta ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.

LATAR BELAKANG
Pada Jun 2017, Akta 789 telah dikuatkuasakan untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di Malaysia.
Pemakaian SBKPS secara mandatori ke atas pemandu teksi, e-hailing dan bas yang menjalankan kerja secara sepenuh masa atau separuh masa.

Sekiranya gagal mencarum, pemandu boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya.

Perlindungan bagi tempoh bulanan/tahunan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar serta diperakui menerusi resit bayaran caruman.


SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI

Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

“Bencana Pekerjaan Sendiri” ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan berakibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan bagi maksud aktiviti pekerjaan sendirinya.

Skim ini menyediakan faedah tunai kepada pemandu teksi dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional


PERKHIDMATAN TEKSI, E-HAILING DAN BAS

Jenis-jenis perkhidmatan teksi

  • Semua jenis perkhidmatan teksi/ kereta sewa seperti Teksi Bajet, Teksi Eksekutif, Limosin, Teksi Lapangan Terbang dan lain-lain.

 

Jenis-jenis perkhidmatan e-hailing

  • Perkhidmatan e-hailing (perkhidmatan pengangkutan penumpang sahaja)

 

Jenis-jenis perkhidmatan bas

  • “Bas” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya tidak kurang daripada lapan orang (termasuk pemandu):
  • Jenis perkhidmatan bas seperti bas berhenti-henti, bas carter, bas ekspres, bas mini, bas pekerja, bas pengantara, bas sekolah, bas lapangan terbang dan lain-lain.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur; dan
  • Mempunyai lesen memandu (JPJ) yang sah; dan
  • Mempunyai Kad PSV atau Kad Pemandu / surat kebenaran dari LPKP (Sabah dan Sarawak) yang masih sah laku; atau
  • Berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing

DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Lesen Memandu yang sah; dan
  • Kad PSV atau Kad Pemandu / Surat kebenaran dari LPKP (Sabah dan Sarawak) yang masih sah laku; atau
  • Dokumen / maklumat bukti berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing seperti Profil Pemandu

PEMBAYARAN CARUMAN

  • Pembayaran caruman boleh dibuat secara bulanan dan tahunan
  • Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua Pejabat PERKESO atau kaedah dalam talian (online) melalui perbankan internet di www.iperkeso.my.
  • Untuk langkah-langkah pembayaran secara dalam talian (online), sila muat turun panduan pembayaran caruman secara dalam talian berikut;
    Panduan Pembayaran Caruman Secara Dalam Talian:
    muat turun SIP

JADUAL PILIHAN CARUMAN

Kadar caruman berdasarkan pendapatan bulanan pilihan yang diinsuranskan seperti di bawah:

Pilihan/Pelan Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan Bayaran Caruman Bulanan Bayaran Caruman Setahun
1 RM1,050 RM13.10 RM157.20
2 RM1,550 RM19.40 RM232.80
3 RM2,950 RM36.90 RM442.80
4 RM3,950 RM49.40 RM592.80


FAEDAH-FAEDAH YANG DISEDIAKAN

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pinjaman Pendidikan
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani, Vokasional dan Program “Return to Work (RTW)”

Perhatian: Untuk maklumat lengkap berkaitan faedah-faedah, sila muat turun risalah berikut.

         muat turun SIP

 

 

CetakEmel

 

qr code  Hakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[Penafian] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Resolusi Skrin: 1024 x 768 | Pelayar : Mozilla Firefox  dan Google Chrome Laman web dikemaskini pada 11 Oktober 2019.
vmobile Laman web ini menyokong versi peranti mudah alih. Untuk Warga PERKESO | Kaunter Pelawat joomla
statistics
mscl