Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

Faks : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [aduan anda] 

hantar ke 15888

 

Waktu bekerja
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

 

 

 
 

Pencen Penakat

pencen penakat

Pencen Penakat dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

Syarat Kelayakan

  • Orang Berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) dan memenuhi syarat kelayakan caruman (tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan)
  • Orang Berinsurans meninggal dunia semasa sedang menerima Pencen llat tanpa mengambil kira umurnya

 

Tempoh Kelayakan Penuh

Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:

  • Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis kematiannya; atau
  • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula caruman kena dibayar di bawah Akta dengan tarikh kematiannya, dengan syarat jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan

 

Kadar Pencen Penakat

Kadar Pencen Penakat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

Orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan, ditambah dengan 1% bagi tiap-tiap 12 caruman bulanan yang dibayar melebihi 24 bulan tertakluk kepada kadar pencen bulanan tidak melebihi 65%.

Nota : Jika seseorang yang meninggal dunia itu adalah penerima Pencen llat, kadar penuh Pencen Penakat adalah sama banyak dengan Pencen llat yang diterimanya.

  1. Contoh Pengiraan:
    Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam 40 bulan
    Tarikh masuk skim                                    >  01/09/2011
    Tarikh kematian                                        > 01/01/2015
    Tempoh 40 bulan kebelakang
    berturut-turut sebelum bulan Notis diterima > 09/2011-12/2014
    rekod caruman pekerja1penakat

  2. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
    Tarikh masuk skim                         > 01/07/1999
    Tarikh kematian                             > 01/01/2015
    Tempoh bulan caruman
    Julai 1999 hingga Disember 2014     > 186 bulan
    2/3 caruman bulanan telah dibayar  > 2/3 x 186 bulan = 124 caruman
    rekod caruman pekerja2penakat

    Berdasarkan jadual di atas, orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan berikut:

    kiraan penakat

Tempoh Kelayakan Yang Dikurangkan

Bagi tempoh kelayakan yang dikurangkan, kadar Pencen Penakat adalah 50% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan yang dikurangkan jika:

  • Caruman bulanan Orang Berinsurans telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bilangan bulan genap dalam tempoh antara tarikh caruman mula kena dibayar dengan tarikh kematian.
  • Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan.

 Contoh Pengiraan :

  1. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
    Tarikh masuk skim                          > 01/07/1999
    Tarikh kematian                              > 01/01/2015
    Tempoh bulan caruman
    Julai 1999 hingga Disember 2014      > 186 bulan
    1/3 bilangan caruman dibayar          > 1/3 x 186 bulan = 62 caruman
    rekod caruman pekerja3penakat

    Berdasarkan contoh di atas, orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.

    Orang Tanggungan dan Kadar Harian

    Kadar harian faedah Pencen Penakat adalah mengikut keutamaan berikut:
    kadar harian pencen penakat

    Jika tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, Pencen Penakat hendaklah dibayar kepada:
    kadar harian pencen penakat2

 

CetakEmel


 

qr code  Hakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[Penafian] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Resolusi Skrin: 1024 x 768 | Pelayar : Mozilla Firefox  dan Google Chrome Laman web dikemaskini pada 19 November 2019.
vmobile Laman web ini menyokong versi peranti mudah alih. Untuk Warga PERKESO | Kaunter Pelawat joomla
statistics
mscl