Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

Faks : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [aduan anda] 

hantar ke 15888

 

Waktu bekerja
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

 

 

 
 

Pencen Ilat


pencen ilat

Pencen Ilat ini :

  • Dibayar kepada pekerja yang layak dan disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
  • Dibayar bermula dari tarikh Notis Keilatannya diterima atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan
  • Dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia
  • Digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima Pencen llat tanpa mengira umurnya

    Syarat Kelayakan
  • Belum mencapai umur 60 tahun pada masa Notis Keilatan diterima; 
    atau
  • Sekiranya pekerja telah mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) pada masa Notis Keilatan diterima, beliau perlu menunjukkan keterangan bahawa:
    - Menghidap suatu keadaan uzur yang berkekalan
    - Tidak berupaya mengambil bahagian dalam kegiatan yang mendatangkan keuntungan
    - Keuzuran terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak lagi bekerja yang menguntungkan sejak itu
  • Disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
  • Memenuhi syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan

    Tempoh Kelayakan Penuh
    Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:
  • Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan Notis Keilatan diterima oleh PERKESO; atau
  • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Keilatan dengan tarikh Notis Keilatan diterima oleh PERKESO (jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan)

    Kadar Pencen Ilat
    Kadar Pencen Ilat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

    Orang Berinsurans layak menerima pencen dengan kadar permulaan 50% daripada gaji bulanan purata anggapan dan tambahan 1% bagi setiap 12 bilangan caruman selebihnya. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kadar pencen maksimum 65%.

    Contoh Pengiraan Tempoh Kelayakan Penuh:
    i. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam tempoh 40 bulan
      
       Tarikh masuk skim                                         >  01/03/2012
       Tarikh Notis Keilatan diterima                          >  01/07/2015
       Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut
       sebelum bulan Notis diterima                           > 03/2012–06/2015

 

         rekod caruman pekerja

  • Berdasarkan contoh di atas, pekerja layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.

    ii. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
        Tarikh masuk skim                                                         > 01/07/1999
        Notis Keilatan diterima                                                    > 01/01/2015
        Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014  > 186 bulan
         2/3 caruman bulanan telah dibayar                                 > 2/3 x 186 bulan = 124 caruman

    rekod caruman pekerja2

 

  • Berdasarkan contoh, pekerja yang layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan berikut:
    kiraan
    Tempoh Kelayakan Yang Dikurangkan
    Bagi tempoh kelayakan yang dikurangkan, kadar Pencen llat adalah 50% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

    Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan yang dikurangkan jika:
    -  Caruman bulanan Orang Berinsurans telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bilangan bulan genap dalam tempoh antara tarikh caruman mula kena dibayar dengan tarikh Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan
    - Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan

    Contoh Pengiraan Tempoh Kelayakan Dikurangkan:
    i. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada
    bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
    Tarikh masuk skim                       > 01/07/1999
    Notis Keilatan diterima                  > 01/01/2015
    Tempoh bulan caruman
    Julai 1999 hingga Disember 2014   >  186 bulan
    1/3 bilangan caruman dibayar       > 1/3 x 186 bulan = 62 caruman

    rekod caruman pekerja3

        Berdasarkan contoh di atas, pekerja layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.

 

CetakEmel

 

qr code  Hakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[Penafian] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Resolusi Skrin: 1024 x 768 | Pelayar : Mozilla Firefox  dan Google Chrome Laman web dikemaskini pada 18 Julai 2019.
vmobile Laman web ini menyokong versi peranti mudah alih. Untuk Warga PERKESO | Kaunter Pelawat joomla
statistics
mscl