Perbankan Internet
Perbankan Internet merupakan salah satu kaedah untuk pembayaran caruman bulanan PERKESO anda melalui perbankan internet. Majikan digalak menggunakan perkhidmatan ini yang mana data caruman majikan dan pekerja kini boleh dikemukakan dengan bayaran online yang mudah dan selesa.
Mengapa Perbankan Internet?
- Menjimatkan kos
- Pemprosesan terus dan segera dengan data majikan dan pekerja akan dikemaskini serentak ke pangkalan data PERKESO.
- Selamat dan efisien
- Meningkatkan produktiviti.
- Membantu meningkatkan kadar persaingan negara
- Mengurangkan kos percetakan borang manual dan cek.
- Mengurangkan kos berkaitan pengangkutan, keselamatan, fraud dan kecurian.
- Mengurangkan kos kakitangan dan pentadbiran.
- Mengurangkan kos pengoperasian perniagaan yang mana transaksi perbankan boleh dilakukan daripada pejabat anda.
Sebelum Dan Selepas Menggunakan Perbankan Internet
Sebelum | Selepas |
Dokumen pembayaran fizikal | Dokumen pembayaran fizikal |
Semakan & pengesahan pembayaran fizikal | Semakan & pengesahan pembayaran fizikal |
Key-in ke dalam sistem perakaunan | Key-in ke dalam sistem perakaunan |
Cetakan cek | - |
Semak & pengesahan cek | - |
Tandatangan cek | - |
Mengemukakan bayaran kepada PERKESO / bank | - |
Masalah cek hilang / tidak ditunaikan | - |
Enam (6) Langkah Mudah Menggunakan Perbankan Internet
- Majikan perlu membuka akaun dengan mana-mana bank yang disenaraikan di bawah.
- Majikan perlu mendaftar untuk perkhidmatan ini dengan menghubungi cawangan bank di mana akaun bank dibuka.
- Majikan kemuka permohonan dengan mengisi borang berkaitan dan menamakan kakitangan yang akan melaksanakan pembayaran.
- Majikan kemuka data caruman PERKESO mengikut format yang ditetapkan kepada bank untuk tujuan pengujian.
- Bank akan menyemak serta menguji data caruman PERKESO yang dikemukakan. Majikan akan dimaklumkan oleh pihak bank setelah pengujian berjaya.
- Setelah pengujian berjaya, majikan kini boleh memuat-naik data caruman PERKESO bersama arahan bayaran dengan mudah pada setiap bulan.
Senarai Bank Bagi Kemudahan Perbankan Internet
No | BANK | PERKHIDMATAN |
1 | CIMB Bank Berhad | BizChannel |
2 | Maybank Berhad | Maybank2e.net |
3 | Public Bank Berhad | PbeBank.com |
4 | RHB Bank Berhad | RHB Reflex |
5 | Citibank Berhad | CitiConnect |
6 | Hong Leong Bank Berhad | ConnectFirst/Connect Biz |
7 | AmBank Malaysia Berhad | E-Ambiz |
8 | Alliance Bank Malaysia Berhad | BizSmart |
9 | Affin Bank | affinonline |
10 | HSBC Bank (M) Berhad | HSBCnet |
11 | Bank Islam Malaysia Berhad | e-Banker |
12 | Agro Bank | AGRONet |
13 | UOB Bank | UOB Business Internet Banking |
14 | Bank Muamalat Malaysia Berhad | Corporate Internet Banking (i-Biz) |
15 | Standard Chartered Malaysia | Straight2Bank |
16 | OCBC Bank (M) Berhad | Velocity@ocbc |
17 | Bank Rakyat |
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PERKESO (CRM) di talian 1 300 22 8000