icon klinik panel

 

 

Bencana Kerja ertinya bencana pada seorang pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan.

 

 

 

 

Sebarang pertanyaan atau pertukaran maklumat klinik boleh menghubungi seperti dibawah:

 

Telefon                           :      03-4264 5061

Faks                               :       03-4356 8325

Alamat surat-menyurat    :       Unit Klinik, Cawangan Perubatan & Pemulihan
                                              Bahagian Operasi, Tingkat 10, Menara PERKESO

                                              Jalan Ampang,50538 Kuala Lumpur

 

 

Soalan Lazim

 

  1. Apakah dokumen yang diperlukan oleh orang berinsurans / majikan untuk dibawa bersama semasa mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Panel ?
    • Orang berinsurans / Majikan perlu membawa bersama :
      1. Borang 21 : Laporan Kemalangan;
      2. Borang PKS(P)68 : Laporan Penyakit Khidmat; atau Borang PKS(P)69 : Notis Penyakit Khidmat dari Orang Berinsurans / wakil
      3. Surat pengenalan daripada majikan.

 

Borang borang tersebut boleh dimuat-turun daripada Pautan Dokumen Nombor 4 (Borang yang perlu dibawa oleh majikan / orang berinsurans).

 

  1. Apakah jenis klinik Panel PERKESO ?
    • Klinik Panel PERKESO terdiri dari 3 kategori iaitu :
      1. Klinik Panel Orang Berinsurans PERKESO;
      2. Klinik untuk Program Saringan Kesihatan PERKESO (HSP) - http://sehat.perkeso.gov.my/
      3. Klinik Panel Kakitangan PERKESO

 

  1. Bagaimanakah proses dan keperluan untuk mendaftar sebagai Klinik Panel (Orang Berinsurans PERKESO) ?
    • Dokumen yang diperlukan adalah :
      1. Surat permohonan dari Klinik beserta kertas cadangan dan profil klinik
      2. Salinan Kad Pengenalan (Bagi setiap Doktor yang memohon)
      3. Salinan sijil latihan kesihatan pekerjaan yang diiktiraf ( Rujuk Pekeliling Doktor Insurans PERKESO Bil 1 Tahun 2010 )
      4. Salinan Borang 12 - Perakuan Amalan Tahunan terkini. (Bagi setiap Doktor yang memohon)
      5. Salinan Borang 10 – Perakuan Pendaftaran ( Bagi setiap Doktor yang memohon)
      6. Salinan Borang B atau F – Perakuan untuk Menubuhkan / Menyelenggarakan / Mengendalikan / Menyediakan Klinik Perubatan Swasta
      7. Senarai Panel – Syarikat atau majikan yang melantik tuan / puan sebagai klinik panel.
      8. Sebutharga rawatan

 

  1. Apakah langkah yang perlu diambil jika terdapat perubahan maklumat berkaitan dengan klinik ? 

Pihak pengurusan klinik perlu memaklumkan status terkini klinik sekiranya terdapat penambahan, pertukaran / pembatalan nama doktor yang bertugas, alamat, no telefon, no faksimili dan email klinik menerusi faksimili atau alamat surat menyurat seperti yang dinyatakan di atas.

 

  1. Senaraikan contoh – contoh sijil latihan kesihatan pekerjaan yang diperlukan ?
    1. Certificate In Occupational Medicine - MEDICAL PROGRESS INSTITUTE
    2. Bengkel Pengenalan Kesihatan Pekerjaan – NIOSH
    3. Diploma Siswazah Kesihatan Pekerjaan – UKM
    4. Occupational Health Doctor ( Module 1) – NIOSH
    5. Peperiksaan Doktor Kesihatan Pekerjaan – NIOSH
    6. Occupational Health Course For Medical Practitioners - AOEM

 

  1. Bagaimana hendak mendapatkan Borang 13 ?

Pihak klinik boleh mendapatkan borang tersebut di pejabat PERKESO yang berdekatan.

 

  

 

Pautan Dokumen