Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

Faks : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [aduan anda] 

hantar ke 15888

 

Waktu bekerja
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

 

 

 
 

Program 'Return To Work' (RTW)

 return to work

 

Program Return To Work (RTW) telah diperkenalkan oleh PERKESO pada 15 Januari 2007. Program ini merupakan program pemulihan fizikal yang disediakan kepada Orang Berinsurans PERKESO yang mengalami hilang upaya akibat kecederaan atau penyakit bagi mengembalikan fungsi anggota badan dan seharusnya kembali semula ke alam pekerjaan lebih awal, sihat dan selamat.

 

Program Return To Work dilaksanakan menerusi pendekatan Pengurusan Hilang upaya yang sistematik di mana setiap kes yang layak dan bermotivasi akan diuruskan oleh seorang Pengurus Kes yang bertanggungjawab sebagai perantara antara Orang Berinsurans , doktor yang merawat, majikan, pusat rehabilitasi dan pihak-pihak lain yang terlibat bagi memastikan setiap masalah dan halangan Orang Berinsurans dapat diselesaikan dengan kadar segera melalui pendekatan yang terbaik.

 

 

Objektif Program Return To Work:

 

  • Membantu mengembalikan Orang Berinsurans PERKESO yang mengalami hilang upaya akibat kecederaan dan penyakit untuk kembali semula bekerja dengan cepat dan selamat.
  • Melaksanakan tanggungjawab sosial PERKESO kepada pekerja dan majikan
  • Mewujudkan persekitaran moral kerja yang positif melalui komunikasi dan sokongan kepada pekerja hilang upaya dan meminimumkan potensi berlakunya kemalangan berulang atau kecederaan kekal kepada pekerja di tempat kerja.
  • Mengurangkan kos rawatan kecederaan atau hilang upaya.
  • Meningkatkan produktiviti pekerja yang telah mengalami ketidakupayaan melalui penggantian penuh pendapatan (total replacement of income).

 

 

Faedah Kepada Majikan

 

  • Meminimumkan tempoh pemulihan bagi seseorang pekerja agar dapat kembali semula bekerja dengan segera seterusnya meningkatkan produktiviti.
  • Menjimatkan kos bagi pengambilan pekerja sementara.
  • Mengekalkan pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi di tempat kerja.
  • Program pemulihan yang diaturkan dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan dan kembali bekerja.
  • Menyediakan modifikasi kerja mengikut kesesuaian pekerja yang mengalami kecederaan atau penyakit.

 

Faedah Kepada Pekerja

 

  • Memberi keyakinan diri kepada pekerja melalui peningkatan tahap fizikal dan mental supaya tidak berasa terpinggir disebabkan hilang upaya atau penyakit yang dialami.
  • Pembekalan alat-alat pemulihan yang menepati spesifikasi yang disyorkan seperti ortotik, prostetik, bantuan implat dan lain.
  • Mempercepatkan proses pemulihan serta mengurangkan kesan negatif akibat daripada kecederaan atau penyakit.

 

Jenis Pemulihan Fizikal dan Vokasional di bawah Program Return To Work (RTW) adalah :

 

  • Terapi Anggota, Pernafasan, Neurologi, Sensori, Pertuturan, Kardiologi, Kebakaran
  • Terapi Cara Kerja
  • Pengurusan Kesakitan (pain management)
  • Pendidikan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
  • Kaunseling
  • Penempatan Pekerjaan
  • Penilaian Tempat Kerja
  • Alat Bantuan dan Sokongan Pekerjaan
  • Bimbingan Pekerjaan atau mobiliti
  • Latihan Kemahiran

 

Perkhidmatan pemulihan ini boleh diperolehi di Pusat Rehabilitasi PERKESO di Melaka atau panel-panel rehabilitasi yang dilantik oleh PERKESO di mana sehingga kini terdapat sebanyak 122 pembekal yang berdaftar dengan PERKESO.

 

Bagi kes-kes yang memerlukan pemulihan yang intensif, kes-kes ini akan dirujuk untuk mengikuti sesi pemulihan Pusat Rehabilitasi PERKESO di Melaka, sementara kes-kes lain adalah bergantung kepada kemahiran dan kapasiti yang dimiliki oleh pusat serta mengikut lokasi kediaman pekerja tersebut.

Disamping itu, bagi pekerja yang memerlukan latihan bagi mendapatkan skil dan kemahiran baru, mereka ini akan dihantar untuk mengikuti sesi latihan vokasional yang bersesuaian dengan kemampuan dan latarbelakang pendidikan mereka. Kemudahan ini boleh diperolehi di Pusat Rehabilitasi kami di Melaka atau di agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

 

Hieraki Kembali Bekerja

Kejayaan setiap kes yang dikendalikan dinilai apabila Orang Berinsurans Berjaya kembali semula bekerja dengan kadar cepat dan selamat. Pemantauan dan koordinasi selama enam bulan dilakukan bagi memastikan Orang Berinsurans boleh kekal dengan kerja dan tugas yang dilakukan.


Kejayaan Orang Berinsurans kembali bekerja boleh diketegorikan mengikut hierarki berikut:

  • Kerja yang sama dengan majikan yang sama.
  • Kerja yang lebih kurang sama dengan majikan yang sama.
  • Kerja yang berbeza dengan majikan yang sama.
  • Kerja yang sama dengan majikan yang baru.
  • Kerja yang berbeza dengan majikan yang baru.
  • Bekerja sendiri

 

Return to Work Coordinators Training Programme

Latihan ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran serta pengetahuan asas mengenai Pengurusan Hilangupaya kepada majikan dalam usaha menguruskan pekerja mereka yang mengalami hilangupaya atau cuti sakit yang panjang. Program latihan ini akan memberi penekanan kepada aspek teori dan praktikal bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta untuk menguruskan pekerja hilangupaya atau mengambil cuti sakit yang panjang dengan objektif untuk membolehkan mereka menjadi lebih produktif dan kembali bekerja.
design 2a1


softcopy handbook cover

pdfKlik untuk muat-turun RTW handbook

CetakEmel

 

qr code  Hakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[Penafian] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Resolusi Skrin: 1024 x 768 | Pelayar : Mozilla Firefox  dan Google Chrome Laman web dikemaskini pada 24 April 2018.
vmobile Laman web ini menyokong versi peranti mudah alih. Untuk Warga PERKESO | Kaunter Pelawat joomla
statistics

1Malaysia negaraku 01
 
mscl