Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial
- Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial berperanan memutuskan pertikaian dan tuntutan oleh Pertubuhan, majikan, pekerja dan orang tanggungannya berkaitan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di bawah Seksyen 84 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Seksyen 59 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.
- Pemohon boleh diwakili oleh pengamal undang-undang, pegawai kesatuan sekerja berdaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan bertulis oleh pemohon atau dengan kebenaran Jemaah, oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga tahun dari tarikh alasan tindakan terbit.
- Sebanyak sebelas (11) Jemaah ditubuhkan di mana sembilan (9) di Semenanjung Malaysia, dan setiap satu di Sabah dan Sarawak. Keanggotaan ahli-ahli Jemaah adalah dilantik oleh Menteri Sumber Manusia.
- Semua permohonan rayuan kepada Jemaah hendaklah dikemukakan ke Urus Setia di alamat berikut:-
Urusetia
Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial
Tingkat 11, Menara PERKESO
281, Jalan Ampang
50538 Kuala Lumpur.
Tel : 03-4264 5632/5134/5081/5086/5036/5048
Faks : 03-4256 3760
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bil |
Nama |
Jawatan |
No. Tel | E-mel |
---|---|---|---|---|
1 |
Ahmad Haswadi bin Hashim |
Pegawai Tadbir |
03 - 4264 5050 |
haswadi.hashim |
2 |
Roslan bin Said |
Pegawai Eksekutif |
03 - 4264 5086 |
roslan.said |
3 |
Mohd Ridzuan Bin Mohd Razab |
Pegawai Eksekutif |
03 - 4264 5134 |
ridzuan.razab |
4 | Misliah Binti Misman | Pegawai Eksekutif | 03 - 4264 5036 | misliah.misman |
5 | Safrizal Bin Hisham Shunmugam | Pegawai Eksekutif | 03 - 4264 5081 | safrizal.hisham |
** Sila tambah @perkeso.gov.my pada setiap emel.