Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

Faks : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [aduan anda] 

hantar ke 15888

 

Waktu bekerja
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

 

 

 
 

A. Syarat-syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman

  

  1. Pemohon hendaklah anak tanggungan kepada penerima faedah berikut :
    1. Faedah Orang Tanggungan (FOT);
    2. Pencen Penakat;
    3. Pencen Ilat;
    4. Faedah Hilang Upaya Kekal secara berkala.

 

  1. Belum mencapai umur 21 tahun semasa mengemukakan permohonan; atau

Sekiranya telah mencapai umur 21 tahun, pemohon mestilah pernah menerima pinjaman PERKESO sebelumnya di peringkat Sijil / Diploma secara berterusan dan merupakan anak tanggungan penerima Faedah FOT / Pencen Penakat;

 

  1. Belum Berkahwin;

 

  1. Telah menerima tawaran daripada mana-mana Pusat Pengajian Tinggi dalam negara bagi mengikuti pengajian sama ada di peringkat Ijazah Pertama, Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga Tahap 3;

 

  1. Telah membuat permohonan pinjaman dengan agensi pemberi pinjaman lain tetapi permohonan tersebut ditolak/gagal;

 

  1. Pengajian hendaklah keseluruhannya di dalam Malaysia;

 

  1. Pengajian bersifat sepenuh masa;

 

  1. Baki tempoh pengajian semasa memohon mestilah tidak kurang satu (1) tahun;

 

  1. Jumlah kos yuran pengajian tidak melebihi kadar had maksima yang ditetapkan iaitu RM100,000.00 tidak termasuk perbelanjaan sara hidup;

 

  1. Bagi pemohon yang menerima tawaran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Kolej atau Universiti berkenaan hendaklah telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun dan penubuhannya diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia (KPM);

 

  1. Bagi pemohon yang mengikuti kursus pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kursus yang diikuti mestilah telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi KPM;

 

  1. Bagi pemohon yang mengikuti kursus pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah di IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, KPM dan telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi Penuh / Provisional daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang masih dalam tempoh sah laku;

 

  1. Bagi pemohon yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 sehingga Tahap 3, kursus yang diikuti hendaklah mendapat sijil pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan sijil tersebut mestilah dalam tempoh sah laku ;

 

  1. Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPM untuk mengikuti kursus berkenaan; Sekiranya kelayakan pemohon berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana yang dinyatakan di perkara (12) dan (13); dan

 

  1. Kewangan keluarga tidak dapat menampung perbelanjaan pengajiannya.

 

 

PERHATIAN :

 

  • Orang-orang berikut tidak layak memohon pinjaman ini:
    1. Pelajar sekolah rendah atau menengah;
    2. Adik-beradik orang berinsurans;
    3. Pelajar peringkat matrikulasi / pra / asasi / foundation / sarjana / PhD

 

  • Pemohon yang pernah mendapat pinjaman PERKESO tetapi gagal / berhenti / membatalkan pinjaman sebelum tamat pengajian tidak layak memohon pinjaman kali kedua kecuali sekiranya telah menyelesaikan penuh baki pinjaman semasa.

 

  • Pembiayaan pinjaman hanya diberi untuk tempoh pengajian semasa sahaja.

 

 

 

CetakEmel

 

qr code  Hakcipta 2020 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[Penafian] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Resolusi Skrin: 1024 x 768 | Pelayar : Mozilla Firefox  dan Google Chrome Laman web dikemaskini pada 17 Februari 2020.
vmobile Laman web ini menyokong versi peranti mudah alih. Untuk Warga PERKESO | Kaunter Pelawat joomla
statistics
mscl