Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

Faks : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [aduan anda] 

hantar ke 15888

 

Waktu bekerja
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

 

 

 
 
Crear Pagina Web

 

grey line

 


Whistle blower

 

Sila klik pada Tajuk untuk membaca keterangan

Dalam usaha berterusan bagi meningkatkan Tadbir Urus Korporat Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) telah mewujudkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat Whistleblower Protection Policy bagi mencegah dan mengesan kegiatan fraud dan salah laku dengan lebih berkesan. qr code



Identiti pemberi maklumat akan dilindungi dan dirahsiakan kecuali jika diperlukan oleh undang-undang atau untuk tujuan sebarang prosiding. Identiti dan maklumat peribadi maklumat mungkin didedahkan kepada individu-individu yang terlibat di dalam siasatan tetapi tertakluk kepada persetujuan Pemberi Maklumat. qr code



PERKESO akan memberi perlindungan daripada tindak balas kepada Pemberi Maklumat jika pendedahan dilakukan dengan ikhlas, maklumat yang diberi benar dan pendedahan tidak dilakukan untuk keuntungan atau kepentingan peribadi. PERKESO memandang serius sebarang pendakwaan palsu, berniat jahat, atau berunsur fitnah di mana tindakan sewajarnya mungkin diambil.   qr code

 


Pemberi Maklumat hendaklah membuat laporan secepat mungkin ke atas kejadian salahlaku atau yang disyaki. Aduan boleh dibuat melalui medium seperti berikut :

Mel / Hadir   Saluran Whistleblowing
Talian Tetap   Faksimili
Telefon Bimbit   E-mel

Untuk memastikan aduan / laporan terhadap kejadian salahlaku atau yang disyaki disiasat, aduan haruslah dibuat berdasarkan fakta dan bukan bersifat spekulatif, dan mengandungi sebanyak maklumat terperinci yang boleh untuk proses penilaian yang sewajarnya terhadap sifat, takat dan samada tindalan serta-merta diperlukan bagi perkara yang menjadi subjek aduan.



Pemberi Maklumat boleh melaporkan sebarang aduan atau salah laku yang termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut :

* Kejadian penipuan, rasuah atau sogokan

* Perlakuan atau aktiviti yang melanggar sebarang undang-undang atau kewajipan kawal selia

* Melanggar polisi, amalan, prosedur atau peraturan perlakuan anggota PERKESO

* Kesalahan dalam hal-hal laporan kewangan

* Penyalahgunaan maklumat PERKESO

* Pencurian inventori atau aset

* Sebarang tindakan percanggahan kepentingan dengan pembekal, penjual atau kontraktor

* Sebarang kesalahan yang memudaratkan di mana sifat perlakuan itu bertentangan dengan kepentingan PERKESO.

* Kesalahan jenayah

 


E-mel ke Pengurus Bahagian Integriti (Puan Hajah Fadhilah Binti Hamil)

E-mel ke Pengurus Cawangan Pengukuhan Integriti (Encik Roslan Bin Pilus)




Jika terdapat percanggahan dengan Akta Pemberi Maklumat 2010, Akta tersebut akan diguna pakai.

CetakEmel


   sispaa bm wblower bm iPERKESO white small ASSIST white small SIP BM muatturun BM2    
                                                                    

 

qr code  Hakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[Penafian] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Resolusi Skrin: 1024 x 768 | Pelayar : Mozilla Firefox  dan Google Chrome Laman web dikemaskini pada 25 Mei 2018.
vmobile Laman web ini menyokong versi peranti mudah alih. Untuk Warga PERKESO | Kaunter Pelawat joomla
statistics
mscl