Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Customer Service : 1300-22-8000

Fax : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [your complaint] 

send to 15888

 

Working Hours
8.00 AM - 5.00 PM (Monday-Friday)

 

 

 
 
guia MetroPagina

 

grey line

 


Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PPN Pahang

csr pahang

 

KUANTAN - Di bulan yang mulia lagi penuh keberkatan ini umat Islam digalakkan untuk menambah pahala mereka. Disamping itu amal ibadat perlu ditingkatkan dengan memperbanyakkan perkara yang sunat, bersedekah dan sebagainya.


Sejajar dengan itu, pada 25 Julai 2013, Kelab Kebajikan dan Sukan PERKESO Negeri Pahang (KESPA) telah mengorak langkah mengunjungi 2 buah Rumah Orang Berinsuran yang terletak di Taman Kempadang dan di Kampung Seberang Balok, Kuantan, Pahang.


Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Presiden KESPA iaitu En. Amarudin bin Mohamad Khalid. Turut serta ialah Penaung KESPA, En. Mohd Shahar bin Ismail, Puan Rosmasita binti Mohamed, En. Rosnizam bin Mustapa, Cik Rosmahani binti Othman dan Cik Asmah binti Rahim.


Kunjungan ke rumah OB yang pertama iaitu Puan Minah binti Daud telah banyak memberi keinsafan kerana OB ini mengalami kecacatan sejak dari lahir dengan ketiadaan kedua-dua kaki dan tangan dan mengalami penyakit kanser. Beliau penerima Pencen Ilat dan hanya tinggal sebatang kara. Lebih menyedihkan anak-anak tidak datang menjenguk beliau sejak sekian lama. Walaupun begitu, beliau boleh menguruskan dirinya sendiri seperti orang yang normal. Beliau seorang yang berpelajaran dan pemegang ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya. Beliau merupakan seorang wanita yang tabah dalam mengharungi segala dugaan di dalam hidupnya.


Kunjungan rumah OB yang kedua iaitu Zulhakimi bin Mat Rifin merupakan penerima Hilang Upaya Sementara dan masih lagi bersekolah. Beliau mendapat kecederaan patah tulang belakang dan lumpuh seumur hidup dari pinggang ke bawah kerana mengalami kemalangan ditempat kerja semasa cuti sekolah kerana ingin membantu keluarga. Walaupun begitu, beliau masih mempunyai semangat untuk meneruskan pengajiannya dan akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.
 

Sumbangan pada hari tersebut telah diserahkan oleh Penaung KESPA, En. Mohd Shahar bin Ismail dan ia merupakan sumbangan daripada semua ahli kelab dengan niat untuk membantu meringankan beban di samping memudahkan kehidupan mereka seharian. Kunjungan itu juga secara tidak langsung telah menjalinkan hubungan silaturahim di antara pihak PERKESO dengan pencarumnya.


Sesungguhnya kita harus bersyukur dengan rezeki dan kelapangan yang telah Allah berikan kepada kita kerana diluar sana masih ramai insan yang kurang bernasib baik di mana mereka perlu mengharungi pelbagai dugaan untuk mendapatkan apa yang diingini. Semoga dengan kunjungan ini akan melahirkan rasa keinsafan di dalam diri. Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada AJK Kelab KESPA yang telah mengatur program ini yang merupakan program tahunan bagi Kelab KESPA.


‘PERKESO PAHANG MENUJU TRANSFORMASI’


PrintEmail


   sispaa en   wblower bm   SIP en   download en   mycoid
                                                                    

qr code  Copyright 2017 © Social Security Organisation | All rights reserved
[Disclaimer] -SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome  Website updated on 20 February 2018. vmobileThis website supports mobile version. For SOCSO Staff | Visitor Counter : joomla
statistics 

1Malaysia negaraku 01
mscl