Liputan dan Kelayakan Permohonan Faedah

Akta Sistem Insurans Pekerjaan meliputi semua pekerja yang:

  1. Merupakan warganegara Malaysia/pemastautin tetap
  2. Berumur 18-60*
  3. Bekerja dalam sektor swasta**
  4. Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
    *Dengan satu pengecualian yang penting: Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum
    ** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP

Untuk permohonan semua jenis faedah, pekerja yang diliputi Akta SIP perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:

  1. Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE).
  2. Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di sini.
  3. Hilang pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan kami.

Definisi kehilangan pekerjaan merangkumi:

  • Pembuangan kerja dan pertindihan
  • VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
  • Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
  • Bankrap atau penutupan tempat kerja
  • Pembuangan kerja konstruktif
  • Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
  • Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan

 

Situasi berikut TIDAK layak sebagai kehilangan pekerjaan:

  • Pembuangan akibat salah laku pekerja
  • Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja
  • Persaraan
  • Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan)
  • Hits: 80223

[Disclaimer] - SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome.  Website updated on 1 December 2021.

Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved