Program pengurusan hilang upaya Return To Work PERKESO adalah merupakan program pengurusan hilang upaya yang dilaksanakan oleh PERKESO dalam membantu pencarum yang cedera atau menghidapi penyakit untuk dipulihkan dan kembali semula bekerja lebih awal, sihat dan selamat.
Setiap pencarum PERKESO yang mengikuti Program Return To Work akan melalui proses pemulihan yang sistematik dan berteraskan konsep biosikososial yang merangkumi faktor biofizikal, pisikologikal dan sosial yang perlu ditangani dalam membantu mereka kembali semula bekerja.