SKUAD PERKESO PRIHATIN & SOSIAL SINERGI

Pengenalan PERKESO Prihatin

PERKESO Prihatin merupakan sebuah strategi penjenamaan baharu yang diilhamkan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed selaku Ketua Eksekutif PERKESO. Melalui strategi penjenamaan ini, sebuah inisiatif yang proaktif telah diwujudkan dengan penubuhan Skuad PERKESO Prihatin;

Skuad PERKESO Prihatin ditubuhkan pada tahun 2016 sebagai sebuah wadah aspirasi yang prihatin bagi melaksanakan sebuah langkah proaktif bagi mengesan, menjejak dan melaksanakan pemprosesan faedah segera melalui pelbagai saluran seperti media cetak, elektronik dan sosial.

Impak positif Skuad PERKESO :

  1. Peningkatan tahap kecekapan dan kompetensi Pegawai Skuad di setiap pejabat PERKESO melalui pemantauan pelaporan dan aktiviti yang lebih sistematik, komprehensif dan efisyen;
  2. Tahap penyusunan dan koordinasi pelaporan yang lebih berkesan dan tepat melalui Sistem MySynergy; dan
  3. Penjimatan kos publisiti di media kesan daripada peningkatan jumlah sesi libat urus bersama media/individu/agensi yang berkepentingan oleh Pegawai Skuad di setiap pejabat.

Pengenalan Program Social Synergy

Program Social Synergy merupakan gerakan inisiatif yang inovatif yang dilahirkan pada tahun 2017 bagi mewujudkan sebuah platform keselamatan sosial yang pertama di Malaysia. Program ini dibina dengan mengadaptasi model keselamatan sosial dari negara maju seperti Australia, England, Amerika Syarikat dan sebagainya;
Program ini dibina dengan rekabentuk yang sistematik, komprehensif, holistik dan berkesinambungan. Dengan menggabungkan tiga (3) entiti keselamatan sosial iaitu Insurans Sosial, Bantuan Sosial dan Intervensi Pasaran Kerja, inisiatif ini dilihat sebagai formula terbaik bagi menangani permasalahan kemiskinan, keciciran dan ketidaksepaduan manfaat keselamatan sosial yang menyumbang ke arah pertindihan faedah dan manfaat;

Objektif Program Social Synergy :

  1. Meningkatkan pendapatan sara hidup & Mengurangkan kadar kemiskinan yang melanda ;
  2. Menyediakan platfom keselamatan sosial secara berpusat, sistematik dan komprehensif untuk seluruh Rakyat Malaysia;
  3. Melahirkan lebih ramai pengamal keselamatan sosial yang kompeten sehingga membentuk sebuah komuniti keselamatan sosial yang unggul;
  4. Menjadikan Rakyat Malaysia lebih Holistik dengan memiliki kemahiran yang kompeten di dalam pelbagai bidang.

Aplikasi mudah alih Sahabat PERKESO Prihatin

Semua pemimpin masyarakat yang terdiri daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara akan diberikan akses untuk menyalurkan maklumat prospek yang memiliki apa-apa masalah yang membelenggu kehidupan untuk dibantu oleh pelbagai agensi yang menyediakan manfaat keselamatan sosial melalui Program Social Synergy bagi mengelakkan isu keciciran serta pertindihan manfaat yang berlaku sebelum ini.

Asimilasi diantara Skuad PERKESO Prihatin, Program Social Synergy dan Sahabat PERKESO Prihatin merupakan sebuah penggabungan yang amat ideal, pintar dan berjaya. Melalui penggabungan ini secara realistiknya menunjukkan bahawa PERKESO sentiasa bersedia untuk menyediakan perkhidmatan yang melangkaui ekspektasi pelanggan.

[Disclaimer] - SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome.  Website updated on 1 December 2021.

Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved