Seiring dengan Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ bermula 1 April 2022, semua tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19 akan diproses sebagai Penyakit Khidmat.
Penyakit Khidmat merujuk kepada penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Permohonan terhad kepada pekerjaan yang terdedah kepada agen biologi dan adanya jangkitan dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan sahaja.
OB yang layak akan menerima faedah-faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Keilatan.