PERKESO komited meningkatkan capaian perkhidmatan saringan Covid-19 kepada pekerja bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian penyebaran Covid-19 di Malaysia.
Selaras dengan saranan kerajaan bagi menjalankan saringan secara bersasar, PERKESO akan menjalankan saringan kepada pekerja yang berisiko tinggi sahaja iaitu: a. Pekerja Asing yang berdaftar dengan PERKESO; b. Di dalam Sektor Pembinaan dan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan; dan c. Di Selangor atau Kuala Lumpur.
Melalui program ini, majikan boleh mendapatkan saringan Covid-19 di mana-mana klinik yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Majikan membuat tuntutan subsidi sebanyak RM150 bagi setiap saringan yang telah dijalankan ke atas pekerja-pekerja yang layak bermula 1 Jun 2020.
Majikan boleh meneruskan proses tuntutan subsidi saringan dengan menekan pautan seperti berikut: