Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Pembayaran-pembayaran berkenaan seperti:
- Upah
- Kerja lebih masa
- Komisyen dan caj perkhidmatan
- Cuti sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya
- Elaun-elaun insentif, shif, makan, sara hidup, perumahan dan sebagainya.
Semua pembayaran tersebut akan dibayar kepada pekerja sama ada bayaran mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja (piece rated / task rated) adalah dianggap sebagai gaji. Walau bagaimanapun, pembayaran-pembayaran berikut tidak dianggap sebagai gaji:
- Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan pekerja
- Pembayaran ke atas tuntutan perjalanan
- Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja
- Bonus tahunan