Kompaun merupakan peruntukkan di bawah Seksyen 95A, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, di mana Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikuasa oleh beliau boleh menawarkan kompaun kepada mana-mana orang yang telah melakukan kesalahan yang boleh dikompaun seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006. Peraturan –Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006 telah diwartakan dan mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2006. Di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006, jenis-jenis kesalahan yang boleh dikompaun hanyalah kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah subseksyen 94(e) dan (g) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Ianya merupakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan kewangan atau caruman majikan kepada PERKESO.