Program Social Synergy merupakan gerakan inisiatif yang inovatif yang dilahirkan pada tahun 2017 bagi mewujudkan sebuah platform keselamatan sosial yang pertama di Malaysia. Program ini dibina dengan mengadaptasi model keselamatan sosial dari negara maju seperti Australia, England, Amerika Syarikat dan sebagainya.
Program ini dibina dengan rekabentuk yang sistematik, komprehensif, holistik dan berkesinambungan. Dengan menggabungkan tiga (3) entiti keselamatan sosial iaitu Insurans Sosial, Bantuan Sosial dan Intervensi Pasaran Kerja, inisiatif ini dilihat sebagai formula terbaik bagi menangani permasalahan kemiskinan, keciciran dan ketidaksepaduan manfaat keselamatan sosial yang menyumbang ke arah pertindihan faedah dan manfaat.