logo Assist newPNG 2

 

PERKESO akan menyediakan sebuah portal layan diri bagi majikan untuk menguruskan maklumat-maklumat majikan, pekerja dan caruman bulanan PERKESO. Bagi tujuan ini, majikan boleh memohon untuk menggunakan portal ini bermula 16 November 2017. Sekiranya anda adalah seorang pengguna iPerkeso, anda boleh terus menggunakan sistem iPerkeso tersebut sehingga dimaklumkan.

Untuk mendapatkan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) bagi menggunakan Portal ASSIST PERKESO, anda perlu muat-turun pdfBorang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal Assist dan bawa borang yang telah dilengkapkan ke Pejabat PERKESO yang berdekatan dengan anda.

Borang yang dilengkapkan hendaklah die-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau bawa ke Pejabat PERKESO yang berdekatan . Sila rujuk ke pautan ini untuk mendapat maklumat Pejabat PERKESO yang berdekatan dengan anda. Sila klik pautan ini [+]

 

Pejabat kami akan menyemak borang tersebut dan akan menjanakan akaun pengguna anda.

Anda akan menerima satu email dengan nama pengguna (username) dan kata laluan sementara (password) anda.

Semasa login pertama, anda akan diminta untuk menukar kata laluan (password) anda untuk tujuan keselamatan akan anda.

Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, anda boleh menggunakan fungsi “Forget Password” yang terpapar pada skrin login portal tersebut.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan, sila hantarkan soalan anda ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

[Disclaimer] - SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome.  Website updated on 1 December 2021.

Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved