Bantuan Ilat dibayar kepada Orang Berinsurans yang disahkan keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan tetapi tidak layak menerima Pencen Ilat kerana tidak memenuhi tempoh kelayakan caruman.
Amaun bantuan ilat ini adalah sama banyaknya dengan jumlah caruman yang telah dibayar oleh pekerja dan majikan untuk Skim Keilatan termasuk faedahnya. Ianya adalah merupakan bayaran pukal sekali sahaja.