Faedah Hilang Upaya Kekal

Pekerja yang mengalami hilang upaya kekal akibat bencana pekerjaan boleh memohon faedah ini.

Kadar Faedah Hilang Upaya Kekal
Kadar harian Faedah Hilang Upaya Kekal adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja tertakluk kepada kadar minimum RM30.00 sehari dan maksimum RM118.50 sehari.

Tempoh Tuntutan
Had masa membuat tuntutan adalah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh terakhir hilang upaya sementara.

 

Taksiran dan Pembayaran
Tuntutan akan dirujuk ke Jemaah Doktor untuk taksiran hilang upaya kekal

  • Sekiranya taksiran tidak melebihi 20%, bayaran boleh dibuat secara pukal
  • Sekiranya taksiran melebihi 20%, 1/5 daripada kadar harian faedah tersebut dibayar secara pukal dan bakinya dibayar secara bulanan sepanjang hayat

[Disclaimer] -SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome.  Website updated on 30 September 2020.

Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved