Kemudahan ini diberikan kepada pekerja yang layak dalam bentuk:
- Pemulihan jasmani, di antaranya:
Fisioterapi
Terapi pekerjaan
Pembedahan rekonstruktif
Bekalan prostetik, ortotik dan lain-lain alat
Bekalan ortopedik seperti kerusi roda, tongkat, alat pendengaran, cermin mata, kasut khas dan lain-lain - Pemulihan vokasional, di antaranya:
Latihan dalam bidang seperti elektrikal, jahitan, membaiki radio / TV, menaip dan lain-lain
-
Kemudahan dialisis bagi Orang Berinsurans yang menghidap sakit buah pinggang kronik termasuk:
Rawatan haemodialisis di pusat dialisis panel dan bukan panel
PERKESO atau Hospital Kerajaan
Rawatan kaedah Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)
Bantuan subsidi suntikan Erythropoietin (EPO)
Bantuan subsidi pembelian ubat lmmunosuppressant
Bayaran pembedahan Arteriovenous (AV) Fistula
Semua perbelanjaan kemudahan pemulihan di atas ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan.