EPB FI LATIHAN penempatan kerjaya EL EBSA

 

Sistem Insurans Pekerjaan menawarkan dua jenis faedah iaitu faedah berbentuk kewangan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan.
Terdapat 5 jenis faedah berbentuk kewangan iaitu:

1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

  • Elaun kewangan bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan tunggal
  • Pemohon yang berjaya akan dibayar elaun bulanan minimum 3 bulan dan maksimum 6 bulan mengikut kadar dalam Jadual 1 dan berdasarkan Gaji Bulanan Anggapan dalam Jadual 2
  • Tempoh bayaran akan ditetapkan oleh Syarat Kelayakan Caruman (CQC) pemohon. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di Jadual 3.
  • Pemohon mesti membuktikan mereka aktif mencari pekerjaan bagi melayakkan mereka menerima elaun yang seterusnya

 

2. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

  • Elaun kewangan bagi mereka yang mempunyai beberapa pekerjaan dan telah kehilangan sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak semua pekerjaan
  • Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP
  • Dibayar secara pukal

 

3. Fi/Yuran Latihan (FL)

  • Kemudahan latihan vokasional
  • Perbelanjaan latihan akan dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan (service provider) bagi pemohon yang terpilih
  • Pemohon yang berjaya boleh menerima sehingga 6 bulan latihan dengan kos maksimum RM 4000

 

4. Elaun Latihan (EL)

  • Satu insentif kewangan yang dibayar kepada peserta latihan bagi menggalakkan mereka menghadiri semua sesi latihan
  • Dibayar secara bulanan dengan kadar RM10 (min) - RM20 (max) / hari (maksimum 6 bulan), bergantung kepada Gaji Anggapan Bulanan
  • Peserta mesti membuktikan mereka menghadiri semua sesi latihan untuk melayakkan mereka menerima EL

 

5. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

  • Insentif kewangan yang dibayar kepada penerima faedah EMP yang berjaya kembali bekerja awal
  • Sebanyak 25% daripada baki EMP
  • Dibayar secara pukal

SIP telah menyediakan dua jenis faedah bantuan pencarian pekerjaan untuk kemudahan orang berinsurans:
1. Program Penempatan Pekerjaan

  • Menerusi kaedah sokongan secara individu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada Orang Berinsurans yang berdaftar dengan Program Penempatan Pekerjaan Semula

 

2. Kaunseling Kerjaya

  • Satu perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO bagi mengenal pasti jurang kemahiran dan masalah yang dihadapi oleh Orang Berinsurans dalam membantu membuat pilihan dan hala tuju kerjaya.

[Disclaimer] -SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome.  Website updated on 27 November 2020.

Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved