Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)


Selamat datang ke halaman utama Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)!

Tujuan SIP adalah untuk menyediakan Insurans Pekerjaan, Perkhidmatan Pekerjaan dan Maklumat Pasaran Buruh (LMI). Teruskan membaca bagi mengenalpasti perkhidmatan dan servis yang anda perlukan. 

Sekiranya anda pencarum SIP yang kehilangan pekerjaan, anda mungkin layak untuk menerima faedah. Sila tekan pautan Faedah SIP untuk mengenali faedah kami dan menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk menerima faedah, sila kunjungi Portal Faedah SIP untuk membuat permohonan secara atas talian.

Sekiranya anda pekerja atau graduan baru yang ingin mencari pekerjaan, sila kunjungi Portal Pekerjaan SIP untuk memuatnaik resume anda dan mencari pekerjaan yang sesuai. Bagi menentukan kerjaya yang berpadanan dengan anda, kami juga menyediakan ujian psikometrik untuk mengenal pasti minat, bakat, dan keperibadian anda.

Sekiranya anda majikan yang ingin mengisi kekosongan jawatan, sila memuatnaik kekosongan jawatan syarikat anda ke Portal Pekerjaan SIP. Anda boleh berhubung dengan calon yang terpilih dengan menggunakan nombor telefon dan emel pencari pekerjaan yang dipaparkan dalam portal atau melalui Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan. 

Sekiranya anda penggubal dasar atau ahli akademik yang memerlukan maklumat LMI yang terkini, sila tekan pautan Sumber untuk membaca laporan statistik kami.

 


[Disclaimer] -SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome.  Website updated on 27 November 2020.

Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved