Tatacara Bayaran Caruman

  1. Untuk membuat bayaran caruman SIP, sila muat turun Lampiran 1.
    Bagi pengguna yang telah mempunyai ID Portal ASSIST, sila . Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan Portal ASSIST, sila layari laman web perkeso.

  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam Lampiran 1.
    Hanya format Excel Sahaja dibenarkan email, format lain seperti PDF, Salinan imbasan, Salinan hand written adalah dilarang dihantar.

  3. Email Lampiran 1 ke carumanSIP@perkeso.gov.my dengan menggunakan tajuk seperti berikut:
    Caruman SIP: Nama Majikan - Kod Majikan – Bulan / Tahun Caruman
    Contoh :
    Caruman SIP: ABCDE SDN. BHD. - A3100001237X – 01/2018

  4. Sediakan cek, kiriman wang atau wang pos dengan jumlah seperti di Lampiran 1. Sila pastikan butiran cek, kiriman wang atau wang pos adalah lengkap seperti berikut:
    1. Bertarikh dalam tempoh sah laku;
    2. Dibayar atas nama PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL atau PERKESO;
    3. Jumlah bayaran dalam angka hendaklah bersamaan dengan jumlah dalam perkataan;
    4. Telah ditandatangani;
    5. Tiada sebarang pindaan pada cek, kiriman wang atau wang pos;
    6. Nama, Nombor Kod Majikan, bulan dan tahun caruman beserta nombor telefon hendaklah dicatat di belakang cek, kiriman wang atau wang pos;
    7. Jumlah amaun pada cek, kiriman wang atau wang pos hendaklah bersamaan dengan jumlah amaun perlu dibayar; dan
    8. Sila guna hanya satu medium bayaran bagi setiap satu transaksi.

  5. Sila sediakan :
    1. cek, kiriman wang atau wang pos; dan
    2. cetakan Lampiran 1 serta bukti penghantaran email seperti di Para 3.
    dan pos ke Pejabat PERKESO berdekatan (rujuk alamat di sini)
    Atau;
    Hadir ke Pejabat PERKESO berdekatan dengan membawa dokumen yang dinyatakan di Para 5.a dan 5.b.

  6. Pejabat PERKESO akan mengeluarkan Slip Akuan Terimaan Bayaran Caruman SIP kepada majikan.

  7. Pembayaran melalui kaunter bank, perbankan internet dan Electronic Fund Transfer (EFT) TIDAK DIBENARKAN buat sementara waktu.
    Bagi pembayaran melalui FPX, sila layari iPERKESO.

© Copyright 2017 PERKESO- All Rights Reserved


Employment Insurance System Partners