logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 | E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Skim Keilatan

Seseorang berinsurans dianggap sebagai mengidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin diubati serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan orang berinsurans yang normal.

Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja yang mengidap keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab

Faedah-faedah yang disediakan dibawah Skim Keilatan adalah :

  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Pencen Penakat
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional dan Dialisis
  • Program 'Return To Work'
  • Faedah Pendidikan

Syarat Kelayakan Skim Keilatan:
Bagi melayakkan orang berinsurans atau orang tanggungan mendapat faedah di bawah Skim Keilatan ini, orang berinsurans hendaklah memenuhi dua syarat iaitu:

1) Syarat Kelayakan Umur

a) Sebelum 1 Januari 2013:

  1. Had kelayakan mula mencarum di bawah Skim Keilatan adalah sebelum mencapai umur 50 tahun
  2. Had kelayakan umur maksima mengidap keilatan / kematian adalah sebelum mencapai umur 55 tahun

b) Pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 terhadap kenaikan syarat umur 01 Januari 2013 menyebabkan perubahan kepada syarat kelayakan umur seperti berikut:

  1. Had kelayakan mula mencarum di bawah Skim Keilatan adalah sebelum mencapai umur 55 tahun
  2. Had kelayakan umur maksima mengidap keilatan / kematian adalah sebelum mencapai umur 60 tahun


2) Syarat Kelayakan Caruman

i. Kelayakan Caruman Penuh
Orang berinsurans telah genap bekerja dan memenuhi kelayakan penuh jika:
  • Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis ilatnya diterima oleh PERKESO /bulan kematian orang berinsurans; atau
  • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Keilatan hingga sebelum bulan notis ilatnya diterima oleh PERKESO /bulan kematian orang berinsurans
  • Orang berinsurans layak menerima pencen penuh dengan kadar 50% hingga 65% daripada daripada gaji bulanan purata anggapan
ii. Kelayakan Caruman Yang Dikurangkan
Orang berinsurans memenuhi kelayakan caruman yang dikurangkan jika:
  • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Keilatan hingga sebelum bulan notis ilatnya diterima oleh PERKESO /bulan kematian orang berinsurans
  • Orang berinsurans layak menerima pencen dengan kadar yang dikurangkan iaitu 50% daripada gaji bulanan purata anggapan
iii. Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam semua tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan.
Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml