logo official upgrade5
Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Talian Am : 03 - 4264 5000 | Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798
E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Senarai butiran pengarang

Jika terdapat sebarang butiran tersedia untuk ulasan anda, ia akan disenaraikan di bawah. Jika tidak, anda tidak boleh melihat sebarang butiran sehingga anda menyerahkan butiran yang baru.

Wakil 20000 pekerja ladang bertemu pemimpin

Sumber : Berita Harian - Jempol (22 Mei 2014)

2 bantuan serentak

Sumber : Harian Metro - Kluang, Johor(20 Mei 2014)

PERKESO gempur majikan ingkar

Sumber : Sinar Harian - Johor Bahru (5 Mei 2014)

Majikan pekerja diminta budayakan kerja slamat

Sumber : Utusan Malaysia - Kuching (29 April 2014)

mydin2

mydin3

Pada 12 April 2014, bertempat di Mydin Mall Seremban 2, Negeri Sembilan telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kempen Perjalanan Selamat Ke Tempat Kerja Kebangsaan 2014 dengan kerjasama MYRA (Mydin Retail Academy). Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Ismail Bin Haji Abd Mutalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Selain PERKESO majlis ini juga melibatkan beberapa Jabatan dan Agensi seperti NIOSH, Jabatan Polis, Jabatan Bomba, Kementerian Kesihatan, Job Malaysia dan Universiti Utara Malaysia.

Di antara hasrat dan objektif kempen ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran kepada orang ramai amnya dan penunggang motorsikal khususnya mengenai betapa pentingnya menjaga keselamatan ketika berada dijalan raya kerana jika berlaku kemalangan, kerugian bukan hanya di pihak mangsa tetapi juga kepada pihak majikan dan negara kerana kehilangan modal insan yang berproduktif tinggi.

Berdasarkan pada statistik kemalangan jalan raya, penunggang motorsikal merupakan penyumbang utama kepada kes-kes kemalangan jalan raya. Daripada kajian yang dijalankan juga didapati kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah semasa dalam perjalanan ke tempat kerja dan sekitar 5 kilometer dari tempat kerja.

Dalam ucapan YB Dato’ Haji Ismail Bin Haji Abd Mutalib juga menyentuh peranan PERKESO bukan sekadar menguatkuasakan AKSP 1969 tetapi sebagai sebuah agensi yang mampu memupuk kesedaran masyarakat betapa pentingnya menjaga keselamatan terutama bila menjadi pengguna jalan raya dengan mengadakan kempen-kempen sebegini. Beliau juga mengingatkan kepada para hadirin kempen seperti ini lebih bermakna jika mendapat sambutan dan kerjasama dari orang ramai kerana umum sedia tahu bahawa langkah-langkah pencegahan awal lebih baik dari mengubati. Tambah beliau lagi, PERKESO merupakan agensi yang ditubuhkan bertujuan memberi perlindungan kepada pencarum PERKESO dengan pelbagai faedah yang disediakan.

Setelah memberi ucapan, YB Dato’ Haji Ismail Bin Haji Abd Mutalib telah dijemput untuk merasmikan majlis dengan memotong reben Watikah Keselamatan 2014 sebagai simbolik sambil diiringi Datuk K. Selvarajah, Ketua Eksekutif PERKESO dan Datuk Wira Dr.Haji Ameer Ali Mydin. Sebagai tanda keprihatinan YB Dato’ Haji Ismail Bin Haji Abd Mutalib, beliau telah memakaikan topi keledar dan jaket keselamatan kepada 10 orang pekerja Mydin yang menunggang motorsikal ke tempat kerja.
Untuk acara seterusnya, YB Dato’ Haji Ismail Bin Haji Abd Mutalib dan seluruh para hadiran dijemput ke perkarangan parking kereta untuk menyaksikan demo yang disediakan oleh pihak NIOSH. Beberapa situasi penunggang motorsikal ketika berada di jalan raya telah dilakonkan dan acara ini berjaya menarik perhatian orang ramai yang hadir pada masa itu. Selain itu, pihak NIOSH juga tidak ketinggalan memaparkan bagaimana cara penggunaan dan kepentingan tali pinggang keledar bagi pengguna jalan raya yang menggunakan kereta.

Selesai acara diperkarangan parking kereta, YB Dato’ Haji Ismail Bin Haji Abd Mutalib telah dijemput untuk melawat ke tapak kaunter. Setiap jabatan dan agensi yang mengambil bahagian berbesar hati dengan kehadiran YB Dato’ Haji Ismail Bin Haji Abd Mutalib ke kaunter mereka. Di akhir majlis, YB Dato’ Haji Ismail Bin Haji Abd Mutalib dan semua yang terlibat telah dijemput untuk menjamu selera hidangan makan tengah hari yang disediakan pihak Mydin. Jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Haji Ismail Bin Haji Abd Mutalib dan semua pihak yang terlibat. Akhir kata, majlis ini telah berjaya memberikan kesedaran dan informasi terkini kepada orang ramai yang berkunjung untuk membeli belah di pasar raya mydin dan diharap majlis seperti ini dapat diadakan lagi di tempat tumpuan orang ramai.

text penuh

CYMERA 20140411 103739

CYMERA 20140411 104222

KUANTAN –Tanggal 27 Mac 2014 yang lalu, bertempat di Kinsteel Berhad, PPN Pahang telah menjalankan Program Pencegahan Kemalangan dan Program Saringan Kesihatan PERKESO (HSP) siri ke 3 untuk tahun 2014. Program yang bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari tersebut telah dihadiri lebih kurang 50 orang pekerja.

Program dimulakan dengan taklimat berkaitan Program Saringan Kesihatan PERKESO (HSP) yang disampaikan oleh En Mohd Yusran A Hamid selaku wakil daripada PERKESO. Selepas itu turut ditayangkan video berkaitan HSP dan pencegahan kemalangan. Selain itu pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut dijemput bagi memberikan taklimat berkaitan keselamatan di jalan raya. Pihak PERKESO turut mendapat kerjasama daripada Poliklinik Ar Razi bagi menjalankan Program Saringan Kesihatan Perkeso (HSP) bagi pekerja yang layak.

Sebelum berakhir program telah diadakan penyampaian topi keledar keselamatan kepada pekerja yang terpilih yang disampaikan oleh Pengarah PERKESO Negeri Pahang, En Mohd Shahar Bin Ismail

“PERKESO NEGERI PAHANG MENUJU TRANSFORMASI”

PROGRAM HSP

Health Screening Program (HSP) merupakan satu program yang dianjurkan oleh PERKESO bagi memastikan para pekerja mendapat panduan dan menjalani pemeriksaan percuma bagi mengelakkan mendapat penyakit berisiko terutamanya kencing manis, tekanan darah tinggi, serangan jantung, penyakit kanser pangkal rahim dan kanser payu dara khususnya bagi wanita.

Pelbagai inisiatif telah dibuat antaranya seperti yang dimaklumkan iaitu menawarkan pemeriksaan percuma melalui baucer pemeriksaan kepada pencarum berumur 40 tahun dan ke atas. Selain itu, penerangan tentang gaya hidup sihat oleh pegawai perubatan terpilih juga merupakan salah satu inisiatif HSP.

PERKESO Muar telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan HSP di peringkat PERKESO Muar. Pemeriksaan kesihatan telah dibuat ke atas semua anggota yang berumur 40 tahun dan ke atas pada 1 April 2014. Usaha dijalankan ini memberi impak positif dimana azam baru telah dibuat oleh staf bagi lebih menumpukan tentang kesihatan dan pemakanan mereka.

Kepentingan kesihatan sangat berkait rapat dengan pencapaian produktif. Program ini menunjukkan keprihatinan PERKESO dalam menyokong gaya hidup sihat masyarakat. Melalui program ini juga dapat membantu mengurangkan potensi penyakit merbahaya kerana melalui pemeriksaan, pegawai perubatan akan memberi nasihat mengenai cara menjauhi sebarang penyakit yang berkemungkinan akan dialami oleh orang yang memeriksa. Sehubungan dengan itu, langkah untuk menjauhi penyakit tersebut akan diambil oleh orang yang memeriksa.

Harapan besar agar program seperti ini dapat diteruskan pada setiap tahun bagi memastikan masyarakat Malaysia berada dalam keadaan sihat dan cergas.

KOLABORASI STRATEGIK BERSAMA EJEN PEMUNGUT PROMOSI E-CARUMAN

Kota Kinabalu; E-caruman merupakan salah satu aspek yang diberi penekanan dalam pencapaian Sasaran Kerja Tahunan 2014. Salah satu metodologi e-caruman untuk pembayaran caruman PERKESO adalah melalui perbankan internet. Justeru, dalam merealisasikan hasrat untuk meningkatkan bilangan majikan yang menggunakan perbankan internet, PERKESO Kota Kinabalu telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program tersebut secara kolaborasi dengan ejen pemungut caruman PERKESO iaitu pihak MAYBANK.

Sebagai permulaan untuk aktiviti kolaborasi pada awal tahun 2014, dua program telah diadakan bersama MAYBANK Regional Office Kota Kinabalu. Perbincangan awal untuk perlaksanaan program ini telah diadakan bersama-sama dengan delegasi daripada MAYBANK yang diketuai oleh En. Shane Chung selaku Pengurus Bahagian Jualan Korporat (Wilayah Sabah), Pengurusan Tunai, Urusniaga Perbankan dan Perbankan Global. Hasil perbincangan, persetujuan untuk melaksanakan dua program perbankan internet telah dicapai dan program-program tersebut telahpun diadakan dengan jayanya pada 13 dan 27 Mac 2014 di Dewan Persidangan PERKESO Kota Kinabalu, Sabah.

Penganjuran aktiviti promosi e-caruman bersama MAYBANK Berjaya memupuk jaringan kerjasama dengan mengimplementasikan perbelanjaan berhemah, jamuan makan tengahari untuk peserta dan ahli jawatankuasa program-program tersebut telah ditaja oleh pihak MAYBANK.

“Outcome” dari program promosi e-caruman telah mendapat respon positif dari peserta khususnya para majikan yang hadir. Sesi taklimat yang jelas menarik minat kerana sesi taklimat program perbankan internet dan cara-cara aplikasinya telah dijelaskan sendiri secara terperinci oleh Pengurus Bahagian Jualan Korporat MAYBANK Wilayah Sabah. Adalah menjadi harapan, agar lebih ramai majikan yang akan menggunakan medium perbankan internet untuk pembayaran caruman PERKESO.

Program-program taklimat perbankan internet perlu diteruskan bukan sahaja untuk mencapai SKT 2014 pejabat PPN/PPP, tetapi juga sebagai satu platform berterusan untuk menggalakkan “engagement” dengan para majikan, agen pemungut dan PERKESO dalam usaha untuk mengimplementasikan penggunaan ICT dan dalam masa yang sama penjimatan kos secara berhemah. Tahniah atas komitmen penuh semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat. Semoga maju jaya!!!

2 4
5 6

Seminar Perlindungan Keselamatan Sosial Peringkat National 2014 tahun ini telah dimulakan dengan Miri sebagai pembuka tirai pada 1 April 2014 bertempat di Miri Marriot Resort & Spa, Miri City.

Sambutan peserta amat mengalakkan hingga ada yang ditolak penyertaan yang diterima di saat akhir. Jumlah peserta yang hadir termasuk yang datang secara “walk in” ialah 139 orang.

Syabas kepada semua yang terlibat terutama ahli jawatankuasa peringkat pejabat yang diketuai oleh Pengurus Pejabat, Encik Tan Phang Chia menjayakan Seminar Perlindungan Keselamatan Sosial Peringkat National 2014 di Miri. Tahniah kepada penganjur, para penceramah dan urusetia dari Ibu Pejabat kerana seminar di Miri telah mencapai objektifnya.

Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
ikuti

api.qrserver.comHakcipta 2016 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml