logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 | E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Skim Bencana Pekerjaan

Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami bencana kerja.

Bencana kerja ertinya bencana pada seorang pekerja itu sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 terpakai.


Perlindungan
Skim Bencana Pekerjaan ini memberi perlindungan kepada pekerja terhadap:

i. Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaan
  • Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan dan berpunca daripada pekerjaannya.
ii. Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan
  • Mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya
  • Antara tempat kerjanya dengan tempat makan dalam waktu rehat yang dibenarkan
  • Apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya

    Nota : Dengan syarat kemalangan itu tidak berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau apa-apa lencongan pada waktu perjalanan itu.
iii. Kemalangan Semasa Kecemasan
  • Kemalangan yang berlaku sewaktu kecemasan dalam atau berdekatan premis majikan bagi tujuan membantu, menyelamat atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya bagi mengelakkan atau mengurangkan kerosakan harta di premis itu.

    Contoh : kebakaran di premis majikan.
iv. Penyakit Khidmat
  • Penyakit yang berpunca akibat pekerjaannya. Senarai penyakit dan agen penyebab penyakit boleh dirujuk di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.

    Contoh: Hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang berpanjangan, penyakit sesak nafas atau asma akibat tersedut habuk atau serbuk bagi pekerja-pekerja di kilang papan.



Cara Melaporkan Kemalangan

  • Laporan kemalangan atau penyakit khidmat boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
    1. Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah - Borang 34
    2. Salinan kad pengenalan
    3. Salinan rekod kedatangan / Kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu)
    4. Bagi kemalangan jalanraya atau luar tempat kerja
      - Laporan Polis asal
      - Peta lakar (yang menunjukkan tempat mula perjalanan, laluan yang diikuti, tempat kemalangan dan tempat yang dituju)


Tempoh Lapor Kemalangan
Majikan hendaklah melaporkan kemalangan dalam tempoh 48 jam selepas dimaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa pekerjanya.


FAEDAH-FAEDAH DIBAWAH SKIM BENCANA PEKERJAAN

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Program 'Return To Work'
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan
Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml