logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 | E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Prinsip Perlindungan Keselamatan Sosial

PERKESO telah diamanahkan untuk melaksanakan atau menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Sosial Pekerja 1971. Melalui Akta dan Peraturan, PERKESO memberi jaminan rawatan perubatan percuma, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional serta faedah kewangan kepada pekerja sekiranya mereka mengalami hilangupaya akibat dari kemalangan ataupun mengidap penyakit yang menyebabkan mereka kekurangan upaya untuk bekerja ataupun tidak upaya langsung untuk bekerja lagi. Sekiranya pekerja meninggal dunia, orang tanggungan mereka diberi jaminan kewangan dengan menerima pencen bulanan bagi meneruskan kehidupan.

PERKESO dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan mengamalkan tiga prinsip teras iaitu :

i) Solidarity Fund
Pada dasarnya caruman yang dibayar kepada PERKESO adalah caruman kepada solidarity fund. Penentuan jumlah caruman bulanan adalah berdasarkan jumlah gaji yang diterima oleh pekerja dalam bulan berkenaan. Melalui caruman inilah semua pekerja yang mencarum berkongsi risiko yang sama tanpa mengira risiko tempat kerja yang berbeza mengikut industri.

Berkongsi risiko secara prinsipnya membawa maksud semua pencarum relahati membenarkan PERKESO menggunakan wang ‘solidarity fund’ untuk membayar faedah kepada pekerja yang mengalami hilangupaya atau keilatan serta pencen kepada orang tanggungan sekiranya mereka meninggal dunia.

Bagi pekerja yang tidak pernah menerima apa-apa faedah sehingga persaraan, sebenarnya mereka telah membantu pekerja lain yang mengalami hilangupaya atau keilatan dan membantu keluarga yang telah kehilangan ahli akibat kematian. Dalam jangkamasa panjang, perkara tersebut mungkin juga boleh berlaku ke atas keluarga mereka. Pada masa itu dengan konsep yang sama di mana caruman pesara itu dan caruman pencarum lain pula telah digunakan untuk membantu keluarga tersebut berdasarkan teras solidarity fund.

ii) Replacement of Income
Prinsip ini digunapakai semasa penentuan jumlah bayaran faedah. Ianya berkaitan dengan jumlah caruman yang dibayar berdasarkan gaji pekerja. Pendekatan konsep ini bertujuan supaya pekerja tidak merasa pendapatannya terjejas jika mengalami hilangupaya atau keilatan dan pendapatan keluarga juga tidak terjejas jika mereka meninggal dunia dengan orang tanggungannya menerima pencen bulanan. Penggantian pendapatan semasa hilangupaya atau keilatan atau kematian pada prinsipnya akan menghampiri pendapatan sebenar pekerja.

iii) Kesaksamaan
Asas kepada prinsip ini adalah pematuhan kepada Akta dan Peraturan itu sendiri. Berdasarkan kepada konsep ini jaringan keselamatan sosial hendaklah telah meliputi semua majikan dan pekerja yang layak telah berdaftar dengan PERKESO.

Melalui konsep ini juga pencegahan terhadap berlakunya kemalangan dengan objektif 'kemalangan sifar' dan memupuk budaya hidup sihat hendaklah dilaksanakan kerana definisi sebenar keselamatan sosial pekerja adalah mengekalkan pekerja di alam pekerjaan sehingga persaraannya. Jika ini dapat dilaksanakan pendapatan sebenar pekerja adalah lebih tinggi sejajar dengan model baru ekonomi iaitu rakyat berpendapatan tinggi. Konsep ini juga memberi ruang dan peluang kepada pekerja yang bermotivasi untuk bekerja semula. Pemulihan juga diberi kepada pekerja yang mengalami hilangupaya dan keilatan.

Akhir sekali pembayaran faedah hanya dibayar kepada pekerja atau orang tanggungannya yang layak dibayar faedah tertakluk Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Ini bertujuan untuk melaksanakan kesaksamaan kepada semua pekerja yang telah menyumbang caruman di dalam solidarity fund. Dengan teras kesaksamaan ini juga perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan hendaklah bersifat delighting the customer dan melebihi ekspetasi pelanggan. Demi memenuhi maksud kesaksamaan juga bayaran faedah hendaklah dibayar dengan cepat dan tepat sejajar dengan konsep “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml