logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 | E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Klinik Panel

  • Klinik swasta yang telah dilantik untuk memberikan rawatan perubatan kepada mana-mana Orang Berinsurans PERKESO yang ditimpa suatu ‘Bencana Kerja’ adalah dikenali sebagai Klinik Panel PERKESO.

    Bencana Kerja ertinya bencana pada seorang pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan.

  • Orang berinsurans / majikan: Pihak majikan atau orang berinsurans boleh merujuk kepada senarai klinik yang dimuatnaik untuk mendapatkan rawatan kecemasan.Perlu membawa Borang 21 (Laporan Kemalangan), Borang PKS 68 atau PKS 69 (Laporan penyakit Khidmat) ATAU surat pengenalan daripada majikan

  • Klinik :
    i. Senarai yang dimuatnaik merupakan senarai klinik yang telah memenuhi syarat kelayakan klinik panel PERKESO sebagaimana kehendak Pekeliling Doktor Insurans PERKESO Bil 1 Tahun 2010.
    ii. Perlu melengkapkan Borang DIP4 – Borang Maklumat Latihan Kesihatan Pekerjaan Doktor Insurans PERKESO yang akan dilampirkan sekiranya tidak disenaraikan.


    Sebarang pertanyaan atau pertukaran maklumat klinik boleh menghubungi seperti dibawah

    Telefon : 03-4264 5061
    Faks : 03-4356 8325
    Alamat surat menyurat : Unit Klinik, Cawangan Perubatan & Pemulihan,
    Bahagian Operasi, Tingkat 10, Menara PERKESO,
    Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur



    Soalan Lazim

    1. Apakah dokumen yang diperlukan oleh orang berinsurans / majikan untuk dibawa bersamasemasa mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Panel ?
    Orang berinsurans / Majikan perlu membawa bersama :
    1. Borang 21 : Laporan Kemalangan
    2. Borang PKS(P)68 : Laporan Penyakit Khidmat atau PKS(P)69 : Notis Penyakit Khidmat dari Orang Berinsurans / wakil
    3. Surat pengenalan daripada majikan
    4. Borang borang tersebut boleh dimuat-turun daripada Pautan Dokumen Nombor 4 (Borang yang perlu dibawa oleh majikan / orang berinsurans).
    2. Apakah jenis klinik Panel PERKESO ?
    Klinik Panel PERKESO terdiri dari 3 kategori iaitu :
    1. Klinik Panel Orang Berinsurans PERKESO
    2. Klinik untuk Program Saringan Kesihatan PERKESO (HSP) - http://sehat.perkeso.gov.my/
    3. Klinik Panel Kakitangan PERKESO
    3. Bagaimanakah proses dan keperluan untuk mendaftar sebagai Klinik Panel (Orang Berinsurans PERKESO) ?
    Dokumen yang diperlukan adalah :
    1. Surat permohonan dari Klinik beserta kertas cadangan dan profil klinik
    2. Salinan Kad Pengenalan ( Bagi setiap Doktor yang memohon
    3. Salinan sijil latihan kesihatan pekerjaan yang diiktiraf ( Rujuk Pekeliling Doktor Insurans PERKESO Bil 1 Tahun 2010 )
    4. Salinan Borang 12 - Perakuan Amalan Tahunan terkini. (Bagi setiap Doktor yang memohon)
    5. Salinan Borang 10 – Perakuan Pendaftaran ( Bagi setiap Doktor yang memohon)
    6. Salinan Borang B atau F – Perakuan untuk Menubuhkan / Menyelenggarakan / Mengendalikan / Menyediakan Klinik Perubatan Swasta
    7. Senarai Panel – Syarikat atau majikan yang melantik tuan / puan sebagai klinik panel.
    8. Sebutharga rawatan
    4. Apakah langkah yang perlu diambil jika terdapat perubahan maklumat berkaitan dengan klinik ?

    Pihak pengurusan klinik perlu memaklumkan status terkini klinik sekiranya terdapat penambahan,pertukaran / pembatalan nama doktor yang bertugas, alamat, no telefon, no faksimili dan email klinik menerusi faksimili atau alamat surat menyurat seperti yang dinyatakan di atas.
    5 Senaraikan contoh – contoh sijil latihan kesihatan pekerjaan yang diperlukan ?
    1. Certificate In Occupational Medicine - MEDICAL PROGRESS INSTITUTE
    2. Bengkel Pengenalan Kesihatan Pekerjaan – NIOSH
    3. Diploma Siswazah Kesihatan Pekerjaan – UKM
    4. Occupational Health Doctor( Module 1) – NIOSH
    5. Peperiksaan Doktor Kesihatan Pekerjaan – NIOSH
    6. Occupational Health Course For Medical Practitioners - AOEM
    6. Bagaimana hendak mendapatkan Borang 13 ?
    Pihak klinik boleh mendapatkan borang tersebut di pejabat PERKESO yang berdekatan.

Pautan Dokumen

1) pdfSurat Pekeliling Perubatan Dan Pemulihan Bil. 1 Tahun 2014

2) pdfPekeliling Doktor Insurans PERKESO Bil 1 Tahun 2010

3) Makluman kepada Klinik Panel

i) pdfSurat makluman kepada Klinik Panel Bertarikh 3.2.2010

ii) pdfSurat makluman kepada Klinik Panel Bertarikh 21.4.2011

4) pdfBorang DIP4 - Borang Maklumat Latihan Kesihatan Pekerjaan Doktor Insurans PERKESO

5) Borang Yang Perlu Dibawa Oleh Orang Berinsurans / Majikan

i) pdfBorang Laporan Penyakit Khidmat

ii) pdfBorang Laporan Penyakit Khidmat Dari Orang Berinsurans Atau Wakil

iii) pdfSurat Pengenalan


Senarai Klinik Panel PERKESO :


Terengganu

pdfKLINIK PANEL DI TERENGGANU

Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml