logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 | E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Kelayakan Majikan & Pekerja

A. Majikan

  • Majikan terbahagi kepada dua kategori iaitu majikan utama dan majikan langsung.
i. Majikan utama
Majikan yang mengambil pekerja secara terus untuk bekerja dengannya. Semua pembayaran gaji dan urusan perkhidmatan diuruskan oleh majikan utama.

ii. Majikan langsung
Majikan yang menjalankan sesuatu kerja olehnya atau melalui majikan utama. Majikan langsung berhak sepenuhnya kepada pekerja yang diambilnya untuk bekerja.

  • Tanggungjawab Majikan
Majikan utama dan majikan langsung yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja dan lebih, dikehendaki mendaftar dan membayar caruman bagi pekerjanya kepada PERKESO. Majikan utama juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua pekerja yang diambil bekerja oleh majikan langsung didaftarkan serta caruman bagi mereka dibayar. Sekiranya mereka tidak didaftarkan dan majikan langsung tidak dapat dikesan, majikan utama adalah bertanggungjawab di bawah AKSP 1969.


B. Pekerja

  • Seseorang yang diambil bekerja oleh sesuatu majikan di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan merupakan seorang pekerja seperti mana takrifan di bawah Akta. Perlindungan PERKESO hanyalah untuk pekerja warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap sahaja. Semua pekerja yang layak perlu didaftar dan dicarumkan dengan PERKESO tanpa mengira status perkhidmatannya sama ada sementara, sambilan, percubaan, kontrak atau telah disahkan dalam jawatan.
  • Sebelum 1 Jun 2016, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 meliputi pekerja-pekerja yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan yang bergaji RM3,000/- atau kurang sebulan tertakluk kepada prinsip 'sekali-layak-terus-layak'

    Dengan pindaan ini, mulai 1 Jun 2016, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 :
i.


Prinsip Sekali-layak-terus-layak dan Notis Pilihan dibatalkan. Dengan kata lain, semua pekerja yang diambil bekerja di bawah satu kontrak perkhidmatan atau perantisan hendaklah didaftar dan dicarum kepada PERKESO tertakluk kepada gaji bulanan RM4,000.00 sebulan.
DAN
ii.



Semua pekerja-pekerja yang diambil berkerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan gaji RM4,000.00 sebulan, hendaklah didaftar dan dicarum dengan PERKESO. Bagi mereka yang tidak pernah diliputi di bawah PERKESO, majikan hendaklah mengisi Borang 2 (Borang Pendaftaran Pekerja) dan menghantar borang itu ke Pejabat Pengarah Negeri atau Pengurus Pejabat, Pertubuhan Keselamatan Sosial yang berkenaan.
  • Pekerja Yang Tidak Layak Diliputi Di Bawah Akta :

i. Suami atau isteri bagi majikan utama atau majikan langsung.
ii. Sesiapa yang pekerjaannya berjenis sambilan dan yang diambil bekerja bukan bagi maksud perusahaan majikannya.
iii.


Seseorang pekhidmat rumah tangga, iaitu seseorang yang diambil bekerja semata-mata dalam kerja atau berkenaan dengan kerja bagi sesebuah rumah kediaman sendirian dan bukan kerja bagi apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesyen yang dijalankan oleh majikan dalam rumah kediaman. Contoh; tukang masak, pekebun, jaga atau pemandu apa-apa kenderaan berlesen untuk kegunaan sendirian.
iv.

Seseorang tributer, iaitu seseorang yang dibenarkan memperoleh apa-apa jenis galian atau hasil daripada atau atas tanah seseorang lain dan yang sebagai balasan bagi kebenaran itu, memberikan sebahagian galian atau hasil yang diperoleh itu kepada orang lain itu atau membayar kepadanya nilai bahagian itu.
v. Pasukan Bersenjata Malaysia
vi. Pegawai Polis
vii. Seseorang yang ditahan dalam penjara, sekolah Henry Gurney, sekolah yang diluluskan, tempat tahanan, hospital Mental atau petempatan kusta.
viii.




Setakat yang peruntukan Akta ini berkaitan dengan Pencen Ilat :
(a) Seseorang pekerja yang telah mencapai umur 60 tahun dan yang berkenaan dengannya tiada caruman telah kena dibayar sebelum dia mencapai umur 55 tahun; atau
(b) Seseorang pekerja yang telah mencapai umur 60 tahun; atau
(c) Seseorang ilat diperakui yang menerima Pencen Ilat.
Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml