logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 | E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Berita (54)

Ajal di tiang elektrik

Kehadiran seorang lelaki di kaunter PERKESO Kuala Pilah beberapa hari lalu telah membawa penemuan kepada kes kemalangan maut OB, Muhammad Arif Ariffin Bin Mohd Tarmizi. Bapa mangsa telah memaklumkan kepada pegawai kaunter PERKESO Kuala Pilah berkaitan dengan kemalangan yang menimpa anak 2 dari 4 beradik itu. Sungguh tidak disangka, malah tidak terduga anaknya akan menemui ajal di tiang eletrik.

Dengan maklumat yang diperolehi dari bapa mangsa, siasatan pantas dimulakan oleh Skuad Prihatin Kuala Pilah. Setelah segala maklumat waris dan dokumen waris diperolehi, Skuad PERKESO Prihatin Seremban dimaklumkan bagi meneruskan siasatan memandangkan majikan mangsa berada di Sg Gadut, Seremban.

Skuad Prihatin Seremban telah melengkapkan siasatan dan kes disahkan bencana kerja. Ini melayakkan waris untuk menerima Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Orang Tanggungan.

Lawatan mesra telah dibuat oleh Tuan Pengarah PERKESO Negeri, Negeri Sembilan iaitu Encik M.Nallusamy ditemani oleh Pengurus PERKESO Kuala Pilah, Encik Isahak Bin Ab Manap pada 1 Mac 2017, dikediaman waris iaitu di Bahau.

Tuan Pengarah PERKESO Negeri, Negeri Sembilan turut menyampaikan cek bagi Faedah Pengurusan Mayat kepada bapa waris iaitu Encik Mohd Tarmizi bin Mohd Sanisemasa lawatan tersebut.

Laman 1 of 5
Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml