logo
Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Talian Am : 03 - 4264 5000 | Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798
E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Pencen Ilat

Nilaikan butir ini
(4 undian)
  • KEILATAN adalah suatu keuzuran yang berkekalan atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan seseorang pekerja yang normal.
  • Perlindungan kepada pekerja yang mengidap keilatan akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Antara penyakit-penyakit kronik penyebab keilatan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti sakit jantung, buah pinggang, barah, sakit jiwa, asma dan sebagainya.


Syarat Kelayakan

  • Belum mencapai umur 60 tahun pada masa notis ilat diterima oleh PERKESO
  • Sekiranya telah mencapai umur 60 tahun pada masa notis ilat diterima, pekerja hendaklah membuktikan bahawa keilatan terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak bekerja semenjak ia mengalami keilatan
  • Disahkan ilat oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
  • Telah memenuhi mana-mana syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada kelayakan caruman penuh atau kelayakan caruman yang dikurangkan.


Tempoh Bayaran

  • Pencen Ilat dibayar bermula dari tarikh notis ilatnya diterima oleh PERKESO atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas notis ilat dikemukakan
  • Pencen Ilat dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia mengikut mana yang lebih awal
  • Pencen Ilat akan digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima Pencen Ilat tanpa mengira umurnya.
  • PERKESO berhak menggantung Pencen Ilat dan merujuk semula kes kepada Jemaah Doktor sekiranya seseorang itu didapati bekerja semula dan memperolehi pendapatan melebihi 1/3 daripada gaji purata sebelum beliau mengidap keilatan.


Kadar Bayaran

  • Bayaran pencen yang diberi adalah tertakluk kepada kelayakan kadar pencen. Mulai 1 Januari 2012, bayaran minima pencen bulanan adalah sebanyak RM475.00 sebulan.



Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan:

Orang berinsurans hendaklah mengisi dan melengkapkan borang dan maklumat berikut:

  1. Pemberitahuan Keilatan (Borang PKS (F) 41)
  2. Laporan Perubatan terkini
  3. Salinan Kad Pengenalan
SOCSO

Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
ikuti

api.qrserver.comHakcipta 2014 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml