logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 | E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Profil

Latar Belakang
Sejarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sebagai sebuah Jabatan Kerajaan pada 1 Januari 1971 di bawah Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat. PERKESO diamanahkan untuk mentadbir dua skim keselamatan sosial iaiatu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja daripada kejadian luar jangka bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan. Skim Keilatan pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab.


Skim Keselamatan Sosial di negara ini sebenarnya bermula sejak tahun 1958 iaitu sejurus selepas Malaya mencapai kemerdekaan. Pada masa itu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menjalankan satu kajian mengenai keselamatan sosial. Pada tahun 1962, sebuah jawatankuasa tertinggi telah dibentuk untuk mengkaji hasil kajian tersebut. Kajian oleh A.N. Ambo melalui ILO telah dijadikan asas bagi merangka rang undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja yang seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada bulan April 1969 dikenali sebagai Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Kajian yang dibuat oleh A.N. Ambo telah memberi sumbangan yang besar ke arah menjamin perlindungan keselamatan sosial kepada tenaga kerja yang memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi negara. A.N. Ambo adalah merupakan seorang pakar sains sosial dari India, yang menjalankan kajian di bawah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) ketika itu.


Visi
Peneraju Keselamatan Sosial yang Dinamik, Unggul dan Cemerlang


Misi
Memberi Perlindungan Keselamatan Sosial Kepada Orang Berinsurans Dan Tanggungan Mereka Menerusi Skim-skim Keselamatan Sosial Serta Memupuk Kesedaran Keselamatan Dan Kesihatan Demi Meningkatkan Kesejahteraan Sosial Orang Berinsurans


Objektif
Menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial berasaskan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.


Kronologi Peristiwa Penting

Tahun 1969

  • Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 mendapat perkenan Diraja pada 2 April.

Tahun 1971

  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Buruh pada 1 Oktober.
  • Pelaksanaan skim perlindungan PERKESO yang pertama di Johor Bahru pada 1 Oktober.
  • Pekerja yang bergaji RM500 dan ke bawah layak untuk mencarum dengan PERKESO bagi majikan yang mempunyai 5 orang dan lebih pekerja.
  • Syarikat Jackson & Masacorale merupakan majikan pertama berdaftar dengan PERKESO. Manakala Encik Mohd Taib bin Hassan adalah pekerja pertama yang didaftarkan oleh majikan dengan PERKESO.
  • Majikan membayar caruman bulanan pekerja menggunakan setem caruman.

Tahun 1972

  • Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 dengan rasminya dilancarkan oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 1 Julai.

Tahun 1973

  • Pada 2 Julai PERKESO dengan kerjasama Jabatan Pos, Malaysia telah mengeluarkan setem pos kenang-kenangan.

  • Sehingga 31 Disember, skim PERKESO ditperluaskan ke 19 buah pejabat di Semenanjung Malaysia

Tahun 1974

  • Pencen Ilat mula diperkenalkan dan pelaksanaan skim perlindungan PERKESO di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

  • Pada tahun 1974 Pencen Ilat diperluaskan ke 14 buah pejabat PERKESO di seluruh Negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Tahun 1977

  • “Perkhidmatan Pemulihan” meliputi penyediaan latihan jasmani dan vokasional kepada orang berinsurans yang mengalami hilang upaya dilancarkan.
  • Bermulanya pembayaran caruman oleh majikan menggunakan cek.

Tahun 1978

  • PERKESO telah memperkenalkan kaedah penggunaan sistem caruman berkomputer.
  • Pusat komputer PERKESO telah dirasmikan pada bulan Mei 1978 oleh YB Datuk Lee San Choon, Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat.

Tahun 1980

  • Pada 1 Oktober 1980 Skim perlindungan PERKESO berjaya dilaksanakan di seluruh Semenanjung Malaysia meliputi semua perusahaan yang mempunyai 5 orang pekerja atau lebih dan bergaji tidak melebihi RM500 sebulan.

  • Bayaran Faedah Pengurusan Mayat dinaikkan kepada RM500 dan gantian bayaran pukal tidak melebihi 20% sebagai satu pilihan dibenarkan.

Tahun 1982

  • Pindaan bagi memperluaskan pemakaian Akta kepada perusahaan-perusahaan yang mengurangkan bilangan pekerja kepada kurang daripada 5 orang.

Tahun 1983

  • PERKESO memperkenalkan sistem waran bagi pembayaran berkala kepada penerima Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan, Pencen Ilat dan Elaun Layanan Sentiasa.

Tahun 1984

  • PERKESO telah mengecualikan pekerja-pekerja tertentu dalam Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan daripada liputan PERKESO yang telah memilih Skim Baru atau dilantik atau terikat di bawah Skim Baru.

Tahun 1985

  • PERKESO dijadikan sebuah Badan Berkanun mulai 1 Julai.
  • Pencen Penakat mula diperkenalkan pada 1 Januari.
  • Faedah Pengurusan Mayat telah ditingkatkan dari RM500 kepada RM1,000.
  • Semua pekerja bergaji RM1,000 dan ke bawah adalah layak untuk mencarum dengan PERKESO bagi majikan yang mempunyai 5 orang dan lebih pekerja mulai 1 Januari.
  • Kadar harian minima Faedah Hilang Upaya Sementara dan Kekal dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM8.00.

  • PERKESO melancarkan logo baru berbentuk heksagon yang melambangkan fungsi kerajaan, majikan dan pekerja dalam pembangunan negara.

Tahun 1987

  • Keseluruhan negeri Sabah dan Sarawak melaksanakan skim perlindungan PERKESO mulai 1 Ogos.
  • Kadar harian minimum Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Langsung yang kekal dan Faedah Orang Tanggungan ditingkatkan dari RM2.50 kepada RM8.00.
  • Pekerja diberi pilihan untuk mengambil 1/5 daripada bayaran berkala sebagai bayaran pukal bagi taksiran melebihi 20% untuk hilang upaya kekal.

  • Takrif anak diperluaskan meliputi semua kategori anak termasuk anak angkat di bawah umur 21 tahun.

  • Melonggarkan syarat kebergantungan bagi duda dan ibubapa bagi kelayakan Pencen Penakat dan Faedah Orang Tanggungan di bawah kedua-dua skim.

  • Kelayakan automatik kepada pekerja yang layak di bawah Akta tanpa memerlukan pendaftaran oleh majikan terlebih dahulu.

  • Meningkatkan kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara dari 70% kepada 80%.

  • Faedah Hilang Upaya Langsung Kekal dan Faedah Orang Tanggungan dinaikkan daripada 70% kepada 90% daripada gaji harian purata anggapan.

  • Kadar Pencen Ilat ditetapkan diantara 50% sehingga 65%.

  • Memperluaskan liputan Akta kepada majikan yang menggaji 5 orang atau lebih tanpa mengira had gaji. Walau bagaimanapun hanya pekerja yang bergaji RM1000 ke bawah sahaja yang layak diliputi.

Tahun 1992

  • PERKESO telah diasingkan daripada Sistem Saraan Baru Kerajaan dan Sistem Saraan Baru PERKESO telah diperkenalkan.
  • Semua pekerja bergaji RM2,000 dan ke bawah adalah layak untuk mencarum dengan PERKESO walaupun majikan mempunyai seorang pekerja. Manakala, pekerja yang mempunyai gaji melebihi RM2,000 adalah diberi pilihan untuk mencarum.
  • Perlindungan kemalangan perjalanan (kemalangan perjalanan pergi dan balik kerja) telah diperkenalkan pada 1 Januari.

  • Jangka masa kelayakan bagi Skim Pencen Ilat dan Bantuan Ilat adalah dikurangkan dari 36 bulan kepada 24 bulan.

Tahun 1993

  • Semua pekerja asing adalah dikecualikan dari dilindungi oleh AKSP mulai 1 April melalui perintah.

Tahun 1994

  • PERKESO menandatangani perjanjian pembelian Ibu Pejabat PERKESO berharga RM78 juta pada bulan Oktober.

Tahun 1995

  • Pembayaran caruman terus menggunakan EDI, pita komputer dan disket diperkenalkan.
  • PERKESO telah diiktiraf dan dianugerahkan Piagam Pelanggan Terbaik bagi kategori Badan Berkanun oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Tahun 1996

  • Kadar bulanan minimum bagi Pencen Ilat dan kadar bulanan penuh Pencen Penakat dinaikkan dari RM171.43 kepada RM192.86 mulai tahun 1996.
  • Kadar harian minimum Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Langsung yang kekal dan Faedah Orang Tanggungan dinaikkan kepada RM9.00.

Tahun 1997

  • Faedah Pendidikan telah diperkenalkan pada 2 Mei 1997 dengan peruntukan sejumlah RM30 juta dan bemula dengan seramai 49 orang peminjam.

Tahun 1998

  • Faedah Pengurusan Mayat telah dinaikkan kepada RM1,500.

Tahun 1999

  • Pendermaan mesin Haemodialisis kepada pusat-pusat amal diperkenalkan sebagai satu faedah di bawah skim perlindungan PERKESO.
  • Kadar bulanan minimum bagi Pencen Ilat dan kadar bulanan penuh Pencen Penakat dinaikkan kepada RM250.
  • Kadar Harian minimum Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Langsung yang kekal dan Faedah Orang Tanggungan dinaikkan kepada RM10.00.

Tahun 2000

  • Rawatan dialisis diperkenalkan sebagai satu faedah di bawah skim perlindungan PERKESO mulai 1 Januari.

Tahun 2001

  • Sambutan ulang tahun PERKESO ke 30 tahun diadakan pada 6 November.
  • Kemudahan dialisis telah diperluaskan lagi kepada penerima Bantuan Ilat yang mana kemudahan ini hanya diberi kepada penerima Pencen Ilat sahaja pada tahun 1999.
  • Penurunan kuasa kepada Pengurus Pejabat PERKESO bagi memperakui kelayakan pihak menuntut dan melulus serta membayar tuntutan faedah jangka panjang (pukal).

Tahun 2002

  • Memperolehi persijilan MS ISO 9002:1994 dalam pemprosesan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara di Ibu Pejabat PERKESO dan pejabat PERKESO Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tahun 2004

  • Pelancaran PERKESO Prihatin.
  • Majlis pelancaran bayaran segera bagi Faedah Hilang Upaya Sementara dan Faedah Pengurusan Mayat oleh Datuk Wira Dr. Fong Chan Onn.
  • Memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000 bagi pemprosesan Faedah Hilang Upaya Sementara di pejabat PERKESO Kuala Lumpur dan Faedah Hilang Upaya Kekal di pejabat PERKESO Negeri Sembilan.

Tahun 2005

  • Pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 berkuatkuasa mulai 01.05.2005 berkenaan siling gaji pekerja telah dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 sebulan.
  • Duda/balu yang menerima pencen, perkahwinan semula pada atau selepas 1 Mei 2005, pencen yang diterima terus dikekalkan.
  • Mulai 1 Mei, duda layak mendapat Pencen Penakat atau Faedah Orang Tanggungan tanpa mengira tahap kebergantungan.

Tahun 2006

  • YB Menteri Sumber Manusia telah meluluskan pelarasan kadar bayaran pencen di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2006.
  • Perlaksanaan tindakan pengkompaunan di bawah AKSP, 1969 dan Peraturan Keselamatan Sosial Pekerja (Pengkompaunan Kesalahan) 2006 pada 1 Mac 2006.

Tahun 2007

  • Pindaan ke atas Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 bermula Mac 2007.
  • Program pemulihan Return to Work telah diperkenalkan oleh PERKESO.
  • Perasmian Seminar Return to Work di Hotel Renaissance Kuala Lumpur.

Tahun 2008

  • Lawatan Menteri dan Timbalan, YB Datuk S. Subramaniam dan Datuk Rohaini Ahmad ke Menara PERKESO Kuala Lumpur.

Tahun 2009

  • Mulai 1 Januari 2009, caj perkhidmatan bagi pinjaman pendidikan PERKESO diturunkan dari 4% kepada 2% setahun.

  • Program Hari Bertemu Pelanggan pada Hari Khamis pertama setiap bulan dilaksanakan di semua pejabat PERKESO seluruh Negara.

  • PERKESO telah beralih dan mengamalkan Persijilan MS ISO 9001:2008 mulai 15 Julai 2009.

  • Majlis Pelancaran mySMS Aduan PERKESO 15888 telah dilancarkan oleh YB Datuk S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia pada 26 Februari 2009.

  • YB Datuk S. Subramaniam telah merasmikan Seminar Kebangsaan Return To Work di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 18 Mei 2009.

  • Lawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Senator Dato’ Maznah Mazlan ke Menara PERKESO pada 26 Mei 2009.

  • PERKESO telah melancarkan program “OPS KESAN” pada 1 Ogos 2009 bertujuan mengesan majikan yang tidak berdaftar dan mencarum.

  • YBhg. Datuk Abu Huraira Abu Yazid telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga PERKESO yang baru pada 1 Ogos 2009.

Tahun 2010

  • Pada 11 Februari 2010 YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak telah melancarkan MyCOID di PICC Putrajaya. PERKESO adalah salah satu daripada lima agensi yang menggunakan nombor SSM sebagai nombor rujukan tunggal di pelbagai agensi.
  • Pada 1 Mac 2010 YB Menteri Sumber Manusia melancarkan kenaikan bayaran penerima faedah berkala di antara 0.6% hingga 11.3% kepada penerima faedah yang menerima pencen tahun 2007 dan sebelumnya.

  • Pada 4 Mei 2010 YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri telah merasmikan Taska Permata di Menara PERKESO.

  • Pada 1 Jun 2010 Ops Kesan telah dilancarkan oleh Ketua Eksekutif PERKESO di Pejabat PERKESO Kajang.

  • Pada 26 Julai 2010 Persidangan Return To Work Peringkat Kebangsaan diadakan di Sunway Piramid Convention Centre.

Tahun 2011

  • Pembukaan kaunter pada hari Sabtu di pejabat PERKESO Jalan Ampang, Pejabat PERKESO Kuala Lumpur dan Pejabat PERKESO Negeri Selangor mulai 8 Januari 2011.
  • Pelancaran Ops Kesan PERKESO pada 7 Mac di Pejabat PERKESO Kuala Lumpur pada 7 Mac 2011 oleh Ketua Eksekutif PERKESO.

  • Pembukaan kaunter pada hari Sabtu di Pejabat PERKESO Negeri Johor, Pulau Pinang (Seberang Jaya), Perak, Negeri Sembilan dan Pejabat PERKESO Klang mulai 14 Mei 2011.

  • YB Senator Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah melancarkan Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja Kebangsaan 2011 di Kompleks MAS, KLIA Sepang pada 28 Jun 2011.

  • Kempen “Senyum” telah dilancarkan pada 30 Jun 2011 di Menara PERKESO oleh YB Senator Dato’ Maznah Mazlan Timbalan Menteri Sumber Manusia.

  • Seminar Kebangsaan Program Return To Work 2011 telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia pada 4 Julai 2011 di PWTC Kuala Lumpur.

  • Pembukaan kaunter setempat PERKESO di Balai Raya Bandar Muadzam Shah, Pahang pada hari Rabu minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

  • Video Keselamatan PERKESO berjudul “Dah Nak Sampai” telah memenangi tempat Kedua di Festival Filem Dan Multimedia Antarabangsa 2011 bersempena dengan XIX World Congress on Safety and Health di Istanbul, Turki pada 11 – 15 September 2011.

Tahun 2012

  • Majlis Pelancaraan iSPAAA oleh YB Senator Dato Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Menara PERKESO Kuala Lumpur pada 8 Mac 2012.

  • Majlis pengumuman Pelarasan Kadar Pencen Faedah PERKESO oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Menara PERKESO Kuala Lumpur pada 21 Mac 2012.

  • Majlis Upacara Pecah Tanah Pusat Rehabilitasi PERKESO oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Bandar Hang Tuah Jaya, Melaka pada 23 Mac 2012.

  • Majlis Pelancaran Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja 2012 oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Dewan Seri Sarjana, UNITEN, Bangi, Selangor pada 24 April 2012.

  • Perasmian Majlis Pelancaran Manual Panduan Bagi Taksiran Hilang Upaya Berdasarkan Pekerjaan Bagi Kegunaan Jemaah Doktor/ Jemaah Doktor Rayuan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur pada 26 April 2012.

  • Majlis KICK-OFF Projek ICT Core System Cluster 1 & Cluster 2 oleh Datuk K. Selvarajah, Ketua Eksekutif PERKESO di Menara PERKESO, Kuala Lumpur pada 27 April 2012.

  • Pelancaran Manual Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan PERKESO oleh Datuk Abu Hurairah Abu Yazib, Pengerusi Lembaga PERKESO di Menara PERKESO, Kuala Lumpur pada 3 Mei 2012.

  • Perasmian Seminar Kebangsaan Kajian Pengenalan Skim Insurans Pemberhentian Kerja oleh Datuk K. Selvarajah, Ketua Eksekutif PERKESO di PWTC, Kuala Lumpur pada 24 Mei 2012.

  • Perasmian ISSA Technical Conference for SEA oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada 18 – 19 Jun 2012.

  • Penerbitan Buku Mewah (Coffee Table) sempena Sambutan Ulang Tahun ke-40 PERKESO pada 18 Jun 2012.

  • Perasmian Persidangan Kebangsaan Program Return To Work 2012 oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di PWTC, Kuala Lumpur pada 20 – 21 Jun 2012.

  • Majlis Penyampaian Cek Suntikan Erythropoietin & Lawatan Bertemu Pesakit-Pesakit oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Pusat Hemodialisis St John Ambulans Malaysia, Klang, Selangor pada 7 Julai 2012.

  • Program Keselamatan Bermotosikal Kebangsaan Kepada Pencarum PERKESO 2012 dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Ibu Pejabat PLUS, Petaling Jaya, Selangor pada 16 Ogos 2012.

  • Seminar Pencengahan Kemalangan 2012 dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di PWTC, Kuala Lumpur pada 2 – 3 Oktober 2012.

  • Sidang media Program Saringan Kesihatan PERKESO oleh YB Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Wisma PERKESO Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2012.

  • Majlis Malam Anugerah Kualiti & Inovasi PERKESO 2011 yang dirasmikan oleh YB Datuk

Tahun 2013

  • Majlis Pelancaran Program Saringan Kesihatan PERKESO telah dirasmikan oleh YAB Tan Seri Muhyiddin Yassin,Timbalan Perdana Menteri di Freescale Semiconductor Sg Way, Petaling Jaya pada 18 Februari 2013.
  • Majlis Pengumuman Pemberian Elaun Rehabilitasi RTW PERKESO oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramanian, Menteri Sumber Manusia di Yayasan Kebajikan SSL Strok & Pembangunan Masyarakat pada 26 Mac 2013.

  • Majlis Pengumuman Anggota Perkhidmatan Awam Bertaraf Sementara dan Kontrak Dilindungi Di Bawah Skim PERKESO oleh YB Datuk Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia di Pejabat Menteri Putrajaya pada 28 Mac 2013.

  • Majlis Pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Kuantan pada 11 April 2013.

  • Majlis Pelancaran 1Malaysia Support For Housewives (1MS4HW) & Karnival Azam Kerja 1Malaysia oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri di Dataran Segamat, Johor pada 25 April 2013.

  • Program Timbalan Menteri YB Dato Hj Ismail Bin Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Kuala Besut pada 20 Julai 2013.

  • Perasmian Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang & Khidmat Setia PERKESO 2012 oleh YB Datuk Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur pada Ogos 2013.

  • Pelancaran Ops Kesan PERKESO oleh Datuk K. Selvarajah, Ketua Eksekutif PERKESO di Wisma PERKESO Kuala Lumpur pada 3 September 2013.

  • Majlis Perasmian Seminar Pencegahan Kemalangan oleh YB Datuk Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada 23 September 2013 .

  • Majlis Penutupan Seminar Pencegahan Kemalangan oleh YB Dato Hj Ismail Bin Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada 24 September 2013.

  • Majlis Tripartite Forum Unemployment Insurance (UI) dirasmikan oleh Datuk K. Selvarajah, Ketua Eksekutif PERKESO di Hotel Double Tree By Hilton pada 2 Oktober 2013 .

  • Majlis Perasmian Pejabat Menteri & Penyampaian Cek Faedah PERKESO oleh YB Datuk Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di PERKESO Kuching, Sarawak pada 12 Oktober 2013.

  • Perasmian Seminar “Commuting Accident Prevention 2013” oleh YB Datuk Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Monash University Subang Jaya, Selangor pada 9 & 10 Disember 2013.

Tahun 2014

  • Majlis Penyerahan Faedah PERKESO oleh YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di PERKESO Kuching, Sarawak pada 7 Februari 2014.
  • Program PERKESO Bersama Media 2014 bersama Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Hotel Hilton Kuching, Sarawak pada 14 & 15 Mac 2014.
  • Majlis Pelancaran Buku ‘Guidelines On Impairment & Disability Assessment Of Traumatic Injuries, Occupational Diseases & Invalidity 3rd Edition’ oleh YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di PWTC, Kuala Lumpur pada 18 Mac 2014.
  • Lawatan YBhg. Dato Saripuddin Kasim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia ke Menara PERKESO pada 19 Mac 2014.
  • Majlis Pelancaran Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja oleh Dato’ Hj Ismail Bin Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Mydin Hypermarket Seremban 2, Negeri Sembilan pada 12 April 2014.
  • Pelancaran Ops Kesan PERKESO 2014 oleh Datuk K. Selvarajah, Ketua Eksekutif PERKESO di Pejabat PERKESO Johor Bharu, Johor pada 5 Mei 2014.
  • Majlis Tandatangan CIP PERKESO-SPRM oleh Dato’ Hj Ismail bin Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Pejabat PERKESO Petaling Jaya, Selangor pada 6 Mei 2014.
  • Persidangan Kebangsaan Return To Work 2014 oleh Dato’ Hj Ismail Bin Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di PWTC, Kuala Lumpur pada 24 – 25 Jun 2014.
  • Program Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bersama YB Dato’ Hj Ismail Bin Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di SONY EMCS (M) S/B pada 9 Julai 2014.
  • Program Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Bersama YB Dato’ Hj Ismail Bin Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Asturi Metal Builders, Gebeng, Kuantan, Pahang pada 18 Julai 2014.
  • SOCSO Workers’ Health Promotion Seminar 2014: Initiating Employees Health oleh Datuk Abu Huraira Abu Yazib, Pengerusi Lembaga PERKESO di Hotel Corus, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2014.
  • Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang & Khidmat Setia PERKESO 2013 bersama YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di PWTC, Kuala Lumpur pada 25 Ogos 2014.
  • 31st ASSA Board Meeting Anjuran Bersama PERKESO dan KWSP di Hotel Aloft pada 8 – 10 September 2014.
  • Majlis penyerahan mesin dialisis kepada National Kidney Foundation Sarawak oleh YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di NKF Kuching, Sarawak pada 20 September 2014.
  • Majlis Pelancaran “Video Pemulihan PERKESO” oleh Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Hotel pada 29 September 2014.
  • Majlis Kemuncak Anugerah Kualiti & Inovasi PERKESO 2014 bersama Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Kuala Lumpur pada 4 November 2014.
  • Program Turun Padang Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia dalam Program Saringan Kesihatan PERKESO di Genting Highlands Convention Centre pada 28 November 2014.
  • Seminar Commuting Accident Prevention 2014 di Monash University Subang Jaya, Selangor pada 9 dan 10 Disember 2014.

Tahun 2015

  • Program turun padang PERKESO bersama YB Dato' Sri Hj Ismail Bin Hj Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia ke kawasan banjir di Maran, Pahang pada 15 Januari 2015.
  • ISSA Academy Workshop: Return to Work and Reintegration di Pusat Rehabilitasi PERKESO, Melaka pada 27-29 Januari 2015.
  • Pesaraan Datuk K. Selvarajah sebagai Ketua Eksekutif PERKESO ke-8 pada 4 April 2015. Beliau telah berkhidmat semenjak 11 November 2008.
  • YBhg. Dato’ Dr. Mohammed Azman Bin Dato' Aziz Mohammed telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif PERKESO ke-9 yang baharu berkuatkuasa pada 5 April 2015.
  • Majlis Penyampaian Faedah PERKESO dan Alat Pemulihan oleh YB Dato' Sri Hj Ismail Bin Hj Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Pejabat PERKESO Negeri Pahang pada 10 April 2015.
  • Majlis menandatangani Memorandum of Understanding on Disability Management for Employers & Workers By SOCSO, Malaysian Employers Federation (MEF) and Malaysian Trade Union Congress (MTUC) oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Saripuddin Bin Hj. Kasim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur pada 21 April 2015.
  • Karnival Pekerjaan dan Penyampaian Faedah PERKESO 2015 Peringkat Negeri Pulau Pinang oleh YB Dato’ Seri Dr. Zahid Bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri.
  • Sambutan Hari Pekerja 2015 di Borneo Convention Centre, Kuching pada 1 Mei 2015 bersama YAB Dato' Sri Haji Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
  • Majlis Perasmian Karnival Azam Kerja Negeri Pahang anjuran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) oleh YB Dato' Sri Hj Ismail Bin Hj Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Dewan Majlis Daerah Rompin pada 3 Mei 2015.
  • Pelancaran S4P – Senyum, Sapa, Salam dan Santun oleh YBhg. Dato' Dr. Mohammed Azman Bin Dato' Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO di Menara PERKESO pada 22 Mei 2015.
  • Lawatan rasmi YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia ke Pejabat PERKESO Miri, Sarawak dan taklimat mengenai pembukaan pejabat PERKESO Limbang & Mukah serta Majlis Penyampaian Faedah PERKESO pada 10 Jun 2015.
  • Pelancaran Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja 2015 oleh YB Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 26 Mei 2015.
  • Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis PERKESO oleh YB Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Hospital Daerah Serian pada 13 Jun 2015.
  • Penyampaian Cek Faedah kepada Waris Pendaki Gunung Gempa Bumi Ranau, Sabah oleh YB Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia pada 15 Jun 2015.
  • Pejabat PERKESO Mukah mula beroperasi pada 1 Julai 2015.
  • Program Lawatan YB Menteri Sumber Manusia ke Pusat Rehabilitasi PERKESO di Pusat Rehabilitasi PERKESO pada 30 Julai 2015.
  • Accident Prevention Seminar (APS) 2015 dirasmikan oleh YB Dato' Sri Hj Ismail Bin Hj Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC pada 25-26 Ogos 2015.
  • Pelancaran Ops Kesan PERKESO Peringkat Kebangsaan di Pejabat PERKESO Negeri Selangor pada 3 September 2015.
  • Pejabat PERKESO Limbang mula beroperasi pada 10 September 2015.
  • RTW Carnival 2015 di KL Sentral pada 6 Oktober 2015.
  • YB Menteri Sumber Manusia merasmikan pejabat PERKESO Mukah pada 9 November 2015.
  • Program SOCSO Run & Ride di Dataran DBKL pada 15 November 2015.
  • Pada 5 Jun 2015, Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2015 telah diwartakan dan berkuatkuasa pada 15 Jun 2015 tarikh akhir pembayaran caruman bulanan PERKESO hendaklah dibayar dalam tempoh 15 hari dalam bulan yang berikutnya caruman itu kena dibayar dan adalah terpakai mulai pembayaran caruman untuk bulan Julai 2015.

Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml