logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 | E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Perutusan Ketua Eksekutif

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi PERKESO

Dato KE 28 APR

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia

Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada pengunjung laman Web PERKESO. Tujuan laman Web ini diadakan adalah untuk memberi kemudahan maklumat mengenai peranan, fungsi dan perkhidmatan PERKESO.

Disamping itu, laman Web ini telah disusun dan dikategorikan mengikut perkhidmatan-perkhidmatan utama untuk kemudahan pelanggan. Maklumat tentang profail korporat, perkhidmatan, informasi dan kemudahan seperti faedah-faedah di bawah skim, borang-borang pendaftaran, tuntutan faedah, caruman dan lain-lain.

Sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, PERKESO bertanggungjawab menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pencarum PERKESO dengan menyediakan faedah Skim Bencana Pekerjaan yang meliputi bencana yang berkaitan dengan pekerjaan dan Skim Keilatan yang memberi perlindungan 24 jam kepada Orang
Berinsurans yang layak di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan 1969.

Adalah menjadi harapan saya, semoga Laman Web ini dapat memberi satu kemudahan sejajar dengan perkembangan dunia kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat berkaitan PERKESO sebagai memenuhi kehendak kepuasan pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed
Ketua Eksekutif PERKESO

Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml