logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 | E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks
Khamis, 21 Februari 2013 08:13

Program 'Return To Work' (RTW)

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(3 undian)

PENGENALAN

Program Return To Work (RTW) telah diperkenalkan oleh PERKESO pada 15 Januari 2007. Program ini merupakan program pemulihan fizikal yang disediakan kepada Orang Berinsurans PERKESO yang mengalami hilangupaya akibat kecederaan atau penyakit bagi mengembalikan fungsi anggota badan dan seterusnya kembali semula ke alam pekerjaan lebih awal, sihat dan selamat.

Program Return To Work (RTW) dilaksanakan menerusi pendekatan Pengurusan Hilangupaya yang sistematik di mana setiap kes yang layak dan bermotivasi akan diuruskan oleh seorang Pengurus Kes yang bertanggungjawab sebagai perantara antara Orang Berinsurans, doktor yang merawat, majikan, pusat rehabilitasi dan pihak-pihak lain yang terlibat bagi memastikan setiap masalah dan halangan Orang Berinsurans dapat diselesaikan dengan kadar segera melalui pendekatan yang terbaik.

Program ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk pekerja, keluarga, majikan, doktor yang merawat, penyedia perkhidmatan rehabilitasi, badan bukan kerajaan, pusat vokasional dan pihak-pihak lain dalam membantu menjayakan Program Return To Work (RTW)dengan lebih efektif.



MATLAMAT PROGRAM RETURN TO WORK (RTW) PERKESO

  • Membantu mengembalikan Orang Berinsurans PERKESO yang mengalami hilangupaya akibat kecederaan dan penyakit untuk kembali semula bekerja dengan cepat dan selamat.
  • Melaksanakan tanggungjawab sosial PERKESO kepada pekerja dan majikan.
  • Mewujudkan persekitaran moral kerja yang positif melalui komunikasi dan sokongan kepada pekerja hilangupaya dan meminimumkan potensi berlakunya kemalangan berulang atau kecederaan kekal kepada pekerja di tempat kerja.
  • Mengurangkan kos rawatan kecederaan atau hilangupaya.
  • Meningkatkan produktiviti pekerja yang telah mengalami ketidakupayaan melalui penggantian penuh pendapatan (total replacement of income)



FAEDAH KEPADA MAJIKAN

  • Meminimumkan tempoh pemulihan bagi seseorang pekerja agar dapat kembali semula bekerja dengan segera seterusnya meningkatkan produktiviti
  • Menjimatkan kos bagi pengambilan pekerja sementara
  • Mengekalkan pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi di tempat kerja
  • Program pemulihan yang diaturkan dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan dan kembali bekerja
  • Menyediakan modifikasi kerja mengikut kesesuaian pekerja yang mengalami kecederaan atau penyakit.


FAEDAH KEPADA PEKERJA

  • Memberi sokongan dari aspek psikologi melalui kaedah kaunseling dan rundingan
  • Memberikan keyakinan diri kepada pekerja melalui peningkatan tahap fizikal dan mental supaya tidak berasa terpinggir disebabkan hilangupaya atau penyakit yang dialami
  • Pembekalan alat-alat pemulihan yang menepati spesifikasi yang disyorkan seperti ortotik, prostetik, bantuan implant dan lain-lain
  • Mempercepatkan proses pemulihan serta mengurangkan kesan negatif akibat daripada kecederaan atau penyakit



PROSES RUJUKAN

Menguruskan rujukan kes merupakan langkah pertama dalam setiap pengurusan hilangupaya. Bagi proses pemulihan vokasional, sumber bagi rujukan kes adalah terdiri daripada Jemaah Doktor PERKESO (Jemaah Doktor Rayuan/Jemaah Doktor Khas), doktor atau pakar merawat serta pihak majikan.

  • Orang Berinsurans yang disahkan bencana kerja dan sedang menerima Faedah Hilangupaya Sementara (FHUS) – early intervention
  • Orang Berinsurans yang memohon Faedah Hilangupaya Kekal (FHUK) dan disyorkan menjalani Program Return To Work oleh Jemaah Doktor
  • Orang Berinsurans yang berumur 50 tahun ke bawah dan disahkan tidak mengidap keilatan oleh Jemaah Doktor serta disyorkan menjalani Program Return To Work
  • Orang Berinsurans yang disahkan mengidap keilatan di bawah umur 40 tahun, tetapi masih berminat / berpotensi untuk kembali semula bekerja



TESTIMONI


Testimoni 1
Encik Hashim berumur 26 tahun telah dihempap oleh dahan pokok semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. Kemalangan tersebut telah menyebabkan beliau mengalami patah tulang T12-L2 dengan kecederaan saraf tunjang yang mengakibatkan kelumpuhan separa pada kedua-dua belah kaki. Beliau telah menyertai Program Return To Work (RTW)dan menjalani proses pemulihan rawatan pemulihan yang komprehensif.

Melalui pembekalan peralatan pemulihan seperti commode chair, quadripod dan TSLO (Thoracic Support Lumbar Orthotic) serta rawatan fisioterapi yang sistematik, beliau telah berjaya dipulihkan dan kembali semula bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat belajar memandu.


Testimoni 2
Encik Tahir berumur 47 tahun adalah seorang penghidap hemiplegia akibat daripada penyakit strok yang berlaku pada 21 April 2010. Beliau juga menghidap penyakit kencing manis selama lebih 10 tahun. Beliau telah dibawa ke pusat rehabilitasi untuk menjalani rawatan neurophysioterapy selama enam bulan. Beliau telah menunjukkan perkembangan yang baik dari segi aktiviti harian dalam kehidupannya di mana beliau yang dahulunya sukar berjalan tetapi kini, beliau boleh berjalan dan melakukan aktiviti sendiri. Dari segi mobiliti, beliau telah dibekalkan dengan kerusi roda, commode chair dan tripod serta mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 200 sebulan.

Setelah menjalani sesi pemulihan komprehensif dan bertambah sihat, beliau telah dirujuk ke Unit Penempatan Pekerjaan PERKESO. Dalam proses pencarian pekerjaan, Pegawai Penempatan Pekerjaan akhirnya berjaya mendapatkan kerja di Subang Jaya Uptown Sdn Bhd sebagai penjaga tempat letak kereta dengan gaji sebanyak RM 1,000 sebulan. Pengurus Kes juga telah melakukan lawatan ke tempat kerja dan berbincang dengan majikan tentang tahap keupayaan beliau untuk bekerja. Program Return To Work telah memberi kehidupan baru kepada beliau dalam menjalani kehidupan di hari yang mendatang.


Testimoni 3
Cik Ratnasari berusia 35 tahun telah mengalami kemalangan di tempat kerja semasa beliau berumur 17 tahun. Beliau telah berhenti kerja dan mengalami masalah tiada keyakinan diri sendiri untuk berdepan dengan orang ramai. Beliau pernah mengikuti latihan vokasional dalam Kursus Seni Jahitan Kreatif tetapi tidak mendapat hasil yang mencukupi untuk menampung kewangan keluarganya. Kes beliau telah dirujuk untuk penempatan pekerjaan dan telah berjaya ditempatkan sebagai operator pembungkusan kanta lekap (contact lense) di sebuah syarikat di Seremban.

Sebagai permulaan beliau diberi peluang untuk mencuba pekerjaan dengan skop kerja yang bersesuaian tetapi beliau mengalami sedikit masalah untuk membungkus barangan yang diberikan dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Justeru itu, elemen Job Coach telah diterapkan dalam kes ini dimana Penolong Pengurus Kes telah turut sama melakukan kerja tersebut dan telah cuba diikuti oleh Orang Berinsurans ini.

Kini, beliau gembira dengan kerja yang dilakukan. Pihak majikan juga menyatakan, beliau merupakan antara pekerja terbaik kerana mampu menghasilkan jumlah produk yang melebihi jangkaan.


Testimoni 4
Encik Adam berusia 44 tahun adalah salah seorang peserta yang mengikuti Program Return To Work dari Negeri Sembilan. Beliau merupakan pengidap penyakit buah pinggang pada tahap kronik. Kedua-dua buah pinggang beliau telah disahkan gagal berfungsi oleh doktor sejak Disember 2009.

Sebelum disahkan mengidap penyakit ini, beliau adalah seorang pekerja di sebuah kilang di Oukland, Negeri Sembilan iaitu merupakan sebuah syarikat pembuat PVC. Beliau adalah penerima pencen ilat dan rawatan dialisis. Beliau menyertai Program Return To Work setelah terbaca dalam sebuah akhbar tempatan.

Beliau telah dirujuk untuk menyertai Program Train & Place yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama pihak PERKESO dengan menjalani latihan dalam bidang jahitan di Bandar Senawang selama enam bulan.

Kini, beliau telah memulakan perniagaan menerima tempahan baju untuk lelaki dan perempuan serta kembali menjana pendapatan untuk keluarganya


Testimoni 5
Encik Kamal berumur 34 tahun merupakan anak jati Kuala Lumpur. Beliau merupakan salah seorang yang mengikuti program ini dan kini telah kembali semula bekerja.

Beliau mempunyai pengalaman bekerja sebagai juruteknik dengan sebuah syarikat pembekal perkhidmatan pencetak sebelum terlibat dalam kemalangan jalan raya di mana motosikal yang dinaiki digesel oleh sebuah lori menyebabkan beliau telah hilang kawalan dan terjatuh.

Akibat kemalangan tersebut, beliau telah mengalami chronic venous ulcer yang mana telah menyebabkan kaki kiri beliau menjadi bengkak dan berlaku penebalan kulit akibat daripada proses jangkitan. Luka pada tumit kaki kiri juga tidak sembuh sehingga hari ini walaupun selepas 14 tahun kemalangan tersebut berlaku. Keadaan ini memerlukan beliau melakukan dressing sebanyak dua hingga tiga kali dalam sehari dan menyukarkannya untuk mencari kerja yang sesuai.

Kini, melalui Program Return To Work (RTW) beliau telah berjaya memperoleh kerja sebagai operator call centre di Kuala Lumpur.

1rtw-t

“Saya berasa gembira dan bersemangat sekali untuk terus bekerja selepas mengikuti program RTW ini, kerana majikan dan rakan sekerja juga turut memberi sokongan serta melayan saya sama seperti pekerja biasa.”

Mohd Shafiq B. Abdul Rahman ( peserta Program RTW)

Operator

Omron Malaysia Sdn Bhd

2rtw-t

“Saya berasa sungguh gembira kerana majikan berpuashati dengan cara dan prestasi pekerjaan saya.”

Tan Fwu Seng (peserta Program RTW)

Pembantu Jualan

Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Balakong)

Penerima Anugerah Platinum RTW PERKESO 2012 ( Kategori Industri Kecil dan Sederhana)

3rtw-t

“Saya berterima kasih kepada PERKESO kerana menerusi bantuan pemulihan yang disediakan, ia telah menjadikan saya lebih positif, bersemangat dan yakin untuk meneruskan kehidupan serta kerjaya saya.”

Devaraja a/l Karapanan ( peserta Program RTW)

Sales Advisor

Edaran Otomobil Nasional Berhad

4rtw-t

“Program RTW PERKESO telah memberi sinar baru bagi pengambilan pekerja di kalangan OKU. Di samping itu sebagai majikan, kami juga berpeluang menimba banyak ilmu berkaitan sokongan pekerjaan bagi golongan tersebut.”

Wendy Ho

Pengarah Sumber Manusia

Hotel Intercontinental Kuala Lumpur

Penerima Anugerah Platinum RTW PERKESO 2012 (Kategori Industri Besar)
5rtw-t

“Pencapaian peserta Program RTW PERKESO yang berkhidmat di syarikat kami adalah amat memberansangkan dan kami percaya beliau akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Kami sentiasa komited dan akan terus berusaha membimbing beliau.”

Mat Dan B Mat Hassan

Pengurus Cawangan (Glenmarie)

Edaran Otomobil Nasional Berhad

Senarai Pembekal Pusat Rehabilitasi (Mengikut Negeri)

Kuala Lumpur

pdfKuala_Lumpur

Selangor

pdfSelangor

Johor

pdfJohor

Perak

pdfPerak

Melaka

pdfMelaka

Pahang

pdfPahang

Kedah

pdfKedah

Terengganu

pdfTerengganu

Pulau Pinang

pdfPulau_Pinang

Negeri Sembilan

pdfNegeri_Sembilan

Sarawak

pdfSarawak

Sabah

pdfSabah


SOCSO

Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml