logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 | E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks
Khamis, 14 Mac 2013 08:13

Perbankan Internet

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(1 Undi)

Perbankan Internet merupakan kaedah terkini untuk pembayaran caruman bulanan PERKESO anda melalui perbankan internet. Majikan digalak menggunakan perkhidmatan ini yang mana data caruman majikan dan pekerja kini boleh dikemukakan dengan bayaran online yang mudah dan selesa.

Mengapa Perbankan Internet?

  • Menjimatkan kos.
  • Pemprosesan terus dan segera dengan data majikan dan pekerja akan dikemaskini serentak ke pangkalan data PERKESO.
  • Selamat dan efisien.
  • Meningkatkan produktiviti.
  • Membantu meningkatkan kadar persaingan negara.
  • Mengurangkan kos percetakan borang manual dan cek.
  • Mengurangkan kos berkaitan pengangkutan, keselamatan, fraud dan kecurian.
  • Mengurangkan kos kakitangan dan pentadbiran.
  • Mengurangkan kos pengoperasian perniagaan yang mana transaksi perbankan boleh dilakukan daripada pejabat anda.


Sebelum Dan Selepas Menggunakan Perbankan Internet

Sebelum

Selepas

Dokumen pembayaran fizikal

Dokumen pembayaran fizikal

Semakan & pengesahan pembayaran fizikal

Semakan & pengesahan pembayaran fizikal

Key-in ke dalam sistem perakaunan

Key-in ke dalam sistem perakaunan

Cetakan cek

-

Semak & pengesahan cek

-

Tandatangan cek

-

Mengemukan bayaran kepada PERKESO/bank

-

Masalah cek hilang/tidak ditunaikan

-



Enam (6) Langkah Mudah Menggunakan Perbankan Internet

  • Majikan perlu membuka akaun dengan mana-mana bank yang disenaraikan di bawah.
  • Majikan perlu mendaftar untuk perkhidmatan ini dengan menghubungi cawangan bank di mana akaun bank dibuka.
  • Majikan kemuka permohonan dengan mengisi borang berkaitan dan menamakan kakitangan yang akan melaksanakan pembayaran.
  • Majikan kemuka data caruman PERKESO mengikut format yang ditetapkan kepada bank untuk tujuan pengujian.
  • Bank akan menyemak serta menguji data caruman PERKESO yang dikemukakan. Majikan akan dimaklumkan oleh pihak bank setelah pengujian berjaya.
  • Setelah pengujian berjaya, majikan kini boleh memuat-naik data caruman PERKESO bersama arahan bayaran dengan mudah pada setiap bulan.



Senarai Bank Bagi Kemudahan Perbankan Internet

maybank

cimb

publicbank

rhbbank

hongleong

citibank

ambank

alliance

bank islam

affin islamic

hsbc



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PERKESO (CRM) di talian 1 300 22 8000

SOCSO

Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml