Login

Login Close
Biru Coklat Kelabu
Default Blue Red Yellow Green
A+ R A- auto wide
vozme

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Laman Utama / Program Return To Work
A+ R A-

Return To Work

emel PDF

Program ‘Return To Work’ (RTW) dijalankan selaras dengan sekysen 57(1), di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan ianya  adalah program pemulihan komprehensif dengan menggunakan kaedah pengurusan kes  dalam membantu pekerja yang alami hilangupaya akibat kecederaan atau penyakit  untuk dipulihkan dan  seterusnya dapat kembali.

 

Pengurusan kes yang dimaksudkan ialah  penglibatan Pengurus Kes dalam setiap kes yang mengikuti program ini dari peringkat awal hingga akhir  supaya ia diuruskan secara profesional dan sistematik bagi memastikan  matlamat  pemulihan dan kembali bekerja dicapai.


Kelayakan Untuk Mengikuti Program RTW :-

i-  Orang Berinsurans yang mengalami bencana kerja dan sedang menerima Faedah Hilangupaya Sementara
ii- Orang Berinsurans yang sedang menerima Faedah Hilangupaya Kekal dan telah disyorkan untuk menjalani pemulihan oleh Jemaah Doktor PERKESO, Jemaah Khas Doktor PERKESO dan Jemaah Doktor Rayuan
iii-Orang Berinsurans berumur bawah 50 tahun yang menerima Faedah Pencen Ilat dan telah disyorkan untuk menjalani pemulihan oleh Jemaah Doktor PERKESO, Jemaah Khas Doktor PERKESO dan Jemaah Doktor Rayuan

Tahukah Anda?

Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan anda gagal mencarum untuk anda dengan PERKESO. Sila semak status pendaftaran anda melalui eSemak atau di semua pejabat PERKESO yang berdekatan.

[ Laman ini dijana dalam masa 0.030 saat ]