Login

Login Close
Biru Coklat Kelabu
Default Blue Red Yellow Green
A+ R A- auto wide
vozme

Pertubuhan Keselamatan Sosial

A+ R A-

Profil

emel Cetak PDF

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian.

Di antara fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar majikan dan pekerja, mengutip caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya. Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pada Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan Berkanun. Manakala pada 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri, iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO (SSBP).

MISI PERKESO
Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi Skim-skim Keselamatan Sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja

VISI PERKESO
Peneraju Keselamatan Sosial Yang Unggul Dan Cemerlang

Tahukah Anda?

Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan anda gagal mencarum untuk anda dengan PERKESO. Sila semak status caruman anda melalui eSemak atau di semua pejabat PERKESO yang berdekatan.

[ Laman ini dijana dalam masa 0.030 saat ]