Login

Login Close
Biru Coklat Kelabu
Default Blue Red Yellow Green
A+ R A- auto wide
vozme

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Laman Utama / Kebolehcapaian W3C
A+ R A-

Kebolehcapaian W3C

emel PDF
Laman portal rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial menyediakan kemudahan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) bagi membolehkan golongan ini dapat mengakses portal ini dengan sebaik mungkin. Kemudahan ini memberi ruang kepada pengguna dalam melakukan pengubahsuaian terhadap paparan dan kandungan di dalam laman portal ini. Ini adalah bertujuan untuk memenuhi standard W3C: Web Accessibility Initiative (WAI).

 

A) Pengubahan Warna Teks

tools3 

Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan atas setiap halaman portal PERKESO. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan dan warna teks di portal PERKESO akan berubah serta-merta.

 

B) Pengubahan Saiz Teks

tools2  tools6

Bagi pengguna warga tua, portal PERKESO ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman portal PERKESO. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

 

C) Pembaca Teks Luaran

tools1

'Speech  engine' adalah  suara  seseorang  lelaki  atau  perempuan yang  akan  bercakap di  dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain dalam membaca kandungan teks di laman portal PERKESO. Pembaca teks luaran ini dapat membantu khususnya kepada golongan buta penglihatan. Bagi menggunakan kemudahan ini, sila muat-turun perisian tersebut di laman 'Text Reader' berkenaan.

Tahukah Anda?

Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan anda gagal mencarum untuk anda dengan PERKESO. Sila semak status pendaftaran anda melalui eSemak atau di semua pejabat PERKESO yang berdekatan.

[ Laman ini dijana dalam masa 0.026 saat ]