Faedah Pendidikan ini merupakan suatu kemudahan pendidikan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak tanggungan seseorang orang berinsurans yang menerima bayaran faedah secara berkala yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh PERKESO.
1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PINJAMAN
Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
1. Pemohon hendaklah anak tanggungan seseorang orang berinsurans yang:-
i. Meninggal dunia kerana suatu bencana pekerjaan dan memenuhi syarat kelayakan Faedah Orang Tanggungan (FOT); atau
ii. Meninggal dunia atas apa-apa sebab sebelum berusia 55 tahun dan memenuhi syarat kelayakan Pencen Penakat; atau
iii. Menerima Pencen Ilat; atau
iv. Meninggal dunia semasa menerima Pencen Ilat; atau
v. Menerima Faedah Hilangupaya Kekal secara berkala.
2. Belum mencapai umur 21 tahun semasa permohonannya diterima oleh PERKESO;
atau Sekiranya telah mencapai umur 21 tahun, pemohon mestilah anak tanggungan
Orang Berinsurans yang menerima Faedah FOT / Pencen Penakat dan pernah
menerima pinjaman PERKESO sebelumnya di peringkat Sijil / Diploma secara
berterusan;
3. Belum berkahwin
4. Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan di peringkat ijazah,
diploma atau sijil.
5. Tidak mendapat tajaan biasiswa / pinjaman atau bantuan penuh pelajaran dari agensi
lain;
6. Pengajian hendaklah keseluruhannya di dalam Malaysia dan bersifat sepenuh masa;
7. Baki tempoh pengajian semasa memohon mestilah tidak kurang satu (1) tahun;
8. Jumlah kos yuran pengajian tidak melebihi had maksima yang ditetapkan iaitu RM
100,000.00 tidak termasuk perbelanjaan sara hidup.
9. Bagi pemohon yang menerima pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA),
kursus yang diikuti di peringkat Diploma dan Ijazah mestilah telah diluluskan oleh
Jabatan Pengurusan IPT (IPTA), Kementerian Pengajian Tinggi;
10. Bagi pemohon yang menerima pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS),
Kolej atau Universiti berkenaan hendaklah telah beroperasi sekurang-kurangnya 2
tahun dan penubuhannya serta kursus yang diikuti di peringkat Diploma Dan Ijazah
mestilah telah diluluskan oleh Sektor Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS), Jabatan Pengurusan Institut Pengajian Tinggi (IPT),
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan kursus yang diikuti mendapat Sijil
Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
11. Bagi yang menerima pengajian di peringkat Sijil, tempoh pengajian kursus berkenaan
hendaklah sekurang-kurangnya 1 tahun dan kursus yang diikuti hendaklah
mendapat pentauliahanJabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber
Manusia.
12. Memenuhi syarat-syarat kelulusan akademik yang ditetapkan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkenaan; Sekiranya kelayakan pemohon
berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf
dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi
sebagaimana yang dinyatakan di perkara (9),(10) dan (11); DAN
13.Kewangan keluarga tidak dapat menampung perbelanjaan pengajiannya.
Nota:
• Orang-orang berikut tidak layak memohon pinjaman ini:
i. Pelajar sekolah rendah atau menengah;
ii. Adik-beradik orang berinsurans;
iii. Pelajar peringkat sarjana/matrikulasi/pra/asasi/foundation.
• Pelajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan IPTS dan kursus yang diikuti telah mendapat kelulusan jabatan-jabatan yang berkenaan.
• Pemohon yang pernah mendapat pinjaman PERKESO tetapi gagal / berhenti / membatalkan pinjaman sebelum tamat pengajian tidak layak membuat permohonan pinjaman kali kedua.
• Kelulusan permohonan pinjaman pendidikan adalah tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pinjaman Pendidikan PERKESO.
CIRI-CIRI PINJAMAN
• Caj Perkhidmatan 2% setahun ke atas baki kekurangan dikenakan bagi pinjaman ini.
• Peminjam dan Pinjaman ini dilindungi Insurans Takaful.
• Pinjaman boleh ditukar kepada biasiswa sekiranya pelajar mencapai kejayaan cemerlang dan memenuhi kriteria-kriteria lain ditetapkan oleh PERKESO.
2. TATACARA PERMOHONAN FAEDAH PENDIDIKAN
Permohonan pinjaman pendidikan boleh dibuat dengan mengemukakan Borang PKS (F)100 yang lengkap diisi bersama salinan dokumen-dokumen berikut yang telah diperakui sah:
• 1 keping gambar terkini berukuran passport;
• Sijil Kelahiran;
• Kad Pengenalan;
• Keputusan Peperiksaan peringkat PMR,SPM,STPM,SIJIL, FOUNDATION/MATRIKULASI/ DIPLOMA;
• Sijil Berhenti Sekolah Menengah;
• Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
• Surat Pengesahan Pendaftaran Diri di IPT / Resit-Resit pembayaran pendaftaran;
• Surat Pengesahan daripada Institusi Pengajian Tinggi berhubung kos yuran pengajian pelajar mengikut tempoh semester akademik terkini;
• Bagi pemohon yang mengikuti pengajian di IPTS peringkat pengajian Diploma dan Ijazah, salinan Surat Kelulusan Pendaftaran Kolej dan Surat Kelulusan Mengendalikan Kursus Pengajian daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTS), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia serta salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Salinan Surat Kelulusan kursus dan Sijil Akreditasi hendaklah belum hampir tamat tempoh sah laku semasa memohon;
• Bagi pemohon peringkat pengajian Sijil, salinan surat pentauliahan daipada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan sijil tersebut mestilah belum hampir tamat tempoh sah laku semasa memohon;
• Slip gaji bulan terkini ibu atau bapa pemohon / surat pengesahan pendapatan daripada Penghulu sekiranya bekerja sendiri; dan
• Penyata Pencen PERKESO terkini.
Borang Permohonan yang lengkap serta salinan dokumen yang disahkan hendaklah dikemukakan kepada:-
Ketua Eksekutif PERKESO
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Menara PERKESO
281, Jalan Ampang
50538 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Pinjaman Pendidikan)
Tel : 03 4264 5000/5329/5341/5316/5543/5159
Call Centre : 03 4257 5755
Faks : 03 4256 3534
Borang pemohonan dan keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Unit Pinjaman Pendidikan atau mana-mana pejabat PERKESO berhampiran atau layari laman sesawang di www.perkeso.gov.my
3. KADAR DAN PEMBAHAGIAN PERUNTUKAN PINJAMAN
Peruntukan pinjaman bergantung kepada bidang pengajian yang diambil dan meliputi yuran pendaftaran semester pertama, yuran pengajian, yuran peperiksaan, yuran makmal, elaun sara hidup, elaun buku, elaun penyediaan tesis dan kertas projek, elaun alat perkakas, elaun tambang kapal terbang dan jumlah premium perlindungan insurans. (Urusan pembelian insurans akan diuruskan oleh PERKESO)
| ELAUN |
KADAR |
| Elaun Sara Hidup |
1) Sijil dan Diploma - RM4,100.00/tahun
2) Ijazah - RM4,700.00/tahun
|
| Elaun Buku |
1) Sijil dan Diploma - RM250.00/tahun
2) Ijazah - RM280.00/tahun
|
| *Elaun Alat Perkakas (Ijazah sahaja) |
1) Aliran Sastera - RM25.00/pengajian
2)Aliran Teknologi dan Senibina - RM164.00/pengajian
3) Aliran Sains - RM61.00/pengajian
4) Aliran Perubatan - RM109.00/pengajian
|
|
*Elaun Penyediaan Tesis dan
Kertas Projek (Ijazah sahaja)
|
RM60.00/pengajian |
| *Elaun Tambang Kapal Terbang |
- Kadar mengikut kadar semasa namun kadar maksimum
yang dibayar adalah RM2,000.00/pengajian
- Dibayar atas permintaan pelajar yang layak mendapat elaun
ini sahaja.
|
*Dibayar hanya kepada pelajar yang mendapat tawaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam
4. KONTRAK PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN
1. Pemohon yang bersetuju menerima tawaran pinjaman pendidikan hendaklah mendapatkan
penjamin-penjamin dan menandatangani bersama dokumen PERJANJIAN PINJAMAN
PENDIDIKAN.
2. Syarat dan kelayakan penjamin-penjamin adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Bilangan dan jumlah pendapatan bulanan bagi penjamin-penjamin bergantung kepada
jumlah pinjaman yang diluluskan.
Jumlah Pinjaman Kurang RM100,000.00(termasuk elaun)
• Bagi pinjaman yang berjumlah dibawah RM100,000.00, dua(2) orang penjamin dengan syarat
setiap penjamin memperolehi gaji bersih atau jumlah pendapatan bersih bulanan
(setelah ditolak semua potongan) tidak kurang daripada RM1,500.00;
• Tempoh berkhidmat tidak kurang 2 tahun di majikan yang sama;
• Berjawatan tetap; dan
• Potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan.
Jumlah Pinjaman Melebihi RM100,000.00(termasuk elaun)
• Bagi pinjaman yang berjumlah melebihi RM100,000.00, tiga(3) orang penjamin dengan syarat
setiap penjamin memperolehi gaji bersih atau jumlah pendapatan bersih bulanan
(setelah ditolak semua potongan) tidak kurang daripada RM2,000.00;
• Tempoh berkhidmat tidak kurang 2 tahun di majikan yang sama;
• Berjawatan tetap; dan
• Potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan.
• Syarat umur bagi seseorang penjamin adalah tertakluk kepada jumlah pinjaman dan tempoh
pembayaran balik pinjaman seperti di Jadual berikut:
Perhatian: Jadual tempoh ini adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
oleh PERKESO.
|
JUMLAH PINJAMAN
(RM)
|
KELAYAKAN UMUR PENJAMIN
(TIDAK MELEBIHI)
|
|
1,000 - 2,500
2,501 - 5,000
5,001 - 7,500
7,501 - 10,000
10,001 - 12,500
12,501 - 15,000
15,001 - 17,500
17,501 - 20,000
20,001 - 22,500
22,501 - 25,000
25,001 - 27,500
27,501 - 50,000
50,001 - 100,000
100,000 Ke atas
|
54 Tahun
53 Tahun
52 Tahun
50 Tahun
50 Tahun
49 Tahun
49 Tahun
48 Tahun
47 Tahun
46 Tahun
46 Tahun
41 Tahun
36 Tahun
31 Tahun
|
• Penjamin dibenarkan menjamin seorang (1) peminjam pada satu-satu masa;
• Penjamin boleh terdiri daripada salah seorang ibu atau bapa, adik beradik, saudara mara atau
rakan terdekat dan tempoh mengenali pelajar melebihi lima (5) tahun;
• Seseorang yang bekerja sendiri boleh menjadi penjamin sekiranya mempunyai pendapatan
tahunan tidak kurang RM30,000.00 setahun hasil daripada perniagaan dan mestilah
mengemukakan salinan Borang B yang disahkan oleh Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) untuk tempoh 3 tahun terkini berturut-turut;
• Penjamin-penjamin yang bersetuju menandatangani perjanjian pinjaman PERKESO tidak boleh
menarik diri menjadi penjamin kecuali mereka hilang kelayakan seperti yang diperuntukan
dalam Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan.
• Peminjam dan penjamin-penjamin dikehendaki menandatangani dokumen perjanjian dihadapan
saksi yang terdiri daripada pegawai-pegawai berikut:-
• Wakil Rakyat / Senator;
• Semua Pegawai kerajaan dan Badan Berkanun dalam Kumpulan A atau B atau yang
setaraf dengannya;
• Pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman seperti Majistret,
Peguam dan Pesuruhjaya Sumpah;
• Pengetua / guru Besar (Sekolah bantuan Penuh Kerajaan sahaja);
• Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas / Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau
setaraf dan ke atas;
• Pegawai PERKESO Gred 19 dan ke atas;
• Ketua Kampung / Jaksa Pendamai / Penggawa / Penghulu / Ketua Masyarakat / Sidang /
Pegawai Pembangunan Mukim / Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung);
• Untuk Sabah dan Sarawak - Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri / Kapitan / Pemanca /
Pegawai Taman Sabah; dan
• Lain-lain pegawai yang diluluskan oleh PERKESO dari semasa ke semasa.
5. CARA PENGELUARAN PEMBIAYAAN PINJAMAN
• Pengeluaran pembiayaan pinjaman ini dibuat melalui:
a. Yuran Pengajian akan dibayar melalui cek yang dialamatkan terus ke Institusi Pengajian
Tinggi (IPT).
b. Bayaran Elaun Sara Hidup dan lain-lain elaun akan dikreditkan terus ke Akaun Maybank
peminjam (peminjam diminta membuka akaun Maybank atau mengaktifkan akaun
Maybank bagi yang telah mempunyai akaun Maybank).
• Pengeluaran pembiayaan pinjaman akan dikeluarkan secara berperingkat mengikut semester
pengajian peminjam. Pembiayaan kali pertama hanya dibuat setelah dokumen perjanjian
pinjaman disempurnakan oleh pelajar dan diterima lengkap oleh PERKESO. Manakala bagi
pembiayaan semester berikutnya, akan dibuat setelah PERKESO menerima keputusan
peperiksaan terkini peminjam yang telah disahkan oleh pihak IPT.
• Tujuan pengeluaran pembiayaan ini dibuat secara berperingkat adalah membolehkan
pengurusan PERKESO membuat pemantauan ke atas prestasi pengajian peminjam.
Sekiranya didapati keputusan peperiksaan terkini peminjam gagal memperolehi Purata
Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / Himpunan Purata Nilai Terkumpul (HPNM) pada tahap 2.00
dan ke atas lulus secara keseluruhan, bayaran bagi semester berikutnya akan digantung
sementara sehinggalah peminjam menghadiri satu sesi kaunseling yang dikendalikan
oleh kaunselor PERKESO.
6. TATACARA PERMOHONAN PENUKARAN PINJAMAN KEPADA BIASISWA
Pinjaman boleh ditukar kepada biasiswa jika peminjam mencapai keputusan cemerlang dan
memenuhi syarat-syarat tambahan yang ditetapkan seperti berikut:-
a) Penukaran dibenarkan kepada peminjam yang tamat pengajian di peringkat pengajian Diploma
dan Ijazah sahaja;
b) Memperolehi keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.75 ataupun setaraf Ijazah
Kepujian Kelas Pertama;
c) Bagi peminjam yang belajar di IPTA, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Kelulusan
daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA). Manakala bagi peminjam yang belajar di IPTS,
kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada MQA.
d) Menamatkan pengajian dalam tempoh kursus yang ditetapkan tanpa perlanjutan;
e) Mengemukakan permohonan secara bertulis dalam tempoh 2 tahun daripada bulan terakhir
pengeluaran pembiayaan pinjaman;
f) Tidak menukar bidang / kursus pengajian / pusat pengajian;
g) Bagi IPTS, hanya terpakai bagi program francais atau '3+0' (pengajian keseluruhan
di dalam Malaysia);
h) Bebas daripada dikenakan sebarang tindakan tatatertib daripada pihak Institut Pengajian
Tinggi dan Pihak Berkuasa;
i) Dikehendaki berkhidmat dengan PERKESO bagi tempoh lima (5) tahun tertakluk kepada
sekiranya ada kesesuaian dan kekosongan jawatan di PERKESO.
• Kadar peratusan penukaran taraf pinjaman kepada biasiswa ditetapkan seperti berikut:
a) Peminjam yang menerima tawaran pinjaman bermula pada 1 Mei 1997 sehingga 31 Disember
2011 - layak momohon penukaran biasiswa sebanyak 100%
b) Peminjam yang menerima tawaran pinjaman bermula 1 Januari 2012 - sehingga kini
- layak memohon penukaran biasiswa sebanyak 75% sahaja.
• Permohonan penukaran taraf pinjaman kepada biasiswa boleh dibuat dengan cara mengemukakan
dokumen sokongan seperti berikut:-
i - Mengemukakan surat permohonan penukaran taraf pinjaman biasiswa dalam tempoh 2 tahun
daripada bulan terakhir pengeluaran pembiayaan PERKESO
ii - Mengemukakan surat pengesahanberhubung maklumat pengajian lengkap, prestasi pengajian
peminjam daripada pihak IPT;
iii - Mengemukakan salinan keputusan transkrip penuh yang disahkan oleh pihak IPT;
iv - Mengemukakan salinan sijil penganugerahan Diploma / Ijazah yang disahkan oleh pihak IPT;
v - Mengemukakan surat pengesahan sistem pemarkahan yang digunakan oleh pihak IPT; dan
vi - Mengemukakan surat sokongan dan lain-lain sijil penganugerahan yang pernah diterima oleh
peminjam sepanjang menjalani pengajian di IPT.
PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN
PINJAMAN INI PERLU DIBAYAR BALIK OLEH PEMINJAM SECARA ANSURAN BULANAN PADA BULAN KE-12 SELEPAS BULAN TERAKHIR PENGELUARAN PEMBIAYAAN PINJAMAN, MENGIKUT JADUAL BAYARAN BALIK PINJAMAN SEPERTI YANG DITETAPKAN OLEH PERKESO.
• Peminjam hendaklah membayar balik kesemua wang pinjaman yang diterima daripada PERKESO
apabila tamat atau meninggalkan pengajiannya secara ansuran bulanan.
• Tempoh pembayaran balik adalah antara 2 hingga 25 tahun, bergantung kepada jumlah pinjaman
yang telah diluluskan seperti di Jadual berikut:
|
JUMLAH PINJAMAN
(RM)
|
TEMPOH BAYARAN BALIK
MENGIKUT TAHUN
|
|
1,000 - 2,500
2,501 - 5,000
5,001 - 7,500
7,501 - 10,000
10,001 - 12,500
12,501 - 15,000
15,001 - 17,500
17,501 - 20,000
20,001 - 22,500
22,501 - 25,000
25,001 - 27,500
27,501 - 50,000
50,001 - 100,000
100,000 Ke atas
|
2 Tahun
3 Tahun
4 Tahun
5 Tahun 3 Bulan
5 Tahun 5 Bulan
6 Tahun 6 Bulan
7 Tahun
8 Tahun
8 Tahun 5 Bulan
9 Tahun 4 Bulan
10 Tahun
15 Tahun
20 Tahun
25 Tahun
|
• Bayaran pertama bagi ansuran ini hendaklah bermula pada 1 haribulan bagi bulan ke dua belas (12)
selepas bulan terakhir pengeluaran pembiayaan pinjaman.
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN
| Saluran |
Panduan |
| Cek/ Draf Bank /Kiriman Wang |
• Sila bayar atas nama "Ketua Eksekutif PERKESO"
• Dokumen bayaran hendaklah tiada sebarang bentuk pindaan
• Masukkan perkara berikut pada ruangan muka surat belakang dokumen bayaran;
- Nama & No.Kad Pengenalan Peminjam; dan
- Tujuan bayaran : Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan PERKESO
|
| Kaunter - Maybank |
• Sila isi slip simpanan deposit (Bank In slip)
• Pada slip sila masukkan:
Nama : AKAUN TABUNG PINJAMAN PENDIDIKAN PERKESO
No. Akaun : 564427000324
No. Rujukan : No. Kad Pengenalan Peminjam
Keterangan Urusniaga : Nama Peminjam
Contoh:

|
| Perbankan Internet (Maybank2U.com) |
• Langkah 1 : Sila daftar perkhidmatan maybank2u.com di mana-mana cawangan Maybank berdekatan
• Langkah 2 : Layari laman Maybank2U.com
• Langkah 3 : Pilih Menu Accounts & Banking
• Langkah 4 : Pilih Menu Bill Payment
• Langkah 5 : Pilih Payees Categories : Education & Education Loans
• Langkah 6 : Pilih company : PERKESO Education Loan
• Langkah 7 : Masukkan amaun bayaran Loan Account No dan lain-lain maklumat yang diperlukan. (Sila hubungi Unit Pinjaman Pendidikan PERKESO untuk semak Loan Account No. Peminjam)
• Langkah 8 : Cetak resit bayaran sebagai rujukan.
|
| Mesin ATM MAybank |
• Untuk kemudahan bayaran ini, sila dapatkan borang pendaftaran bayaran melalui mesin ATM di Unit Pinjaman Pendidikan PERKESO.
|
| Arahan Potongan Autodebit melalui akaun Maybank (Direct Debit Instruction) |
• Sila dapatkan Borang Permohonan Maybank Auto debit di mana-mana cawangan Maybank berdekatan atau di Unit Pinjaman Pendidikan PERKESO.
• Pada borang, sila isi lengkap Bahagian B - Maklumat Akaun Bank sahaja
• Borang yang telah lengkap diisi mestilah dihantar ke Unit Pinjaman Pendidikan PERKESO seperti di alamat berikut:
Pengurus,
Unit Pinjaman Pendidikan PERKESO
Tingkat 14, Menara PERKESO
No.281 Jalan Ampang
50538 Kuala Lumpur.
No.Fax : 03-42563534
|
PERHATIAN:
1. Bayaran perkhidmatan melalui kaunter perbankan internet, mesin ATM dan Arahan Potongan
Autodebit hanya boleh dibuat di Maybank sahaja.
2. Perkhidmatan bayaran lain di Maybank seperti Standing Instruction, Cash Deposit Machine(CDM),
Cheque Deposit Machine adalah tidak dibenarkan.
3. Semua salinan slip bank / resit bayaran hendaklah disimpan sebagai bukti bayaran.
4. Sebarang pertanyaan berhubung panduan bayaran balik pinjaman pendidikan PERKESO,
sila berhubung terus dengan Unit Pinjaman Pendidikan PERKESO
di talian 03 - 4264 5543/5159/5329/5341/5316/5315.