Login

Login Close
Biru Coklat Kelabu
Default Blue Red Yellow Green
A+ R A- auto wide
vozme

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Laman Utama / Faedah Pencen PENAKAT
A+ R A-

Faedah Pencen Penakat

emel PDF
Pencen ini dibayar kepada orang-orang tanggungan pekerja yang mati akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan dalam mana-mana keadaan berikut:-
• Semasa seorang pekerja menerima Pencen Ilat tidak kira berapa pun umurnya; atau
• Sebelum mencapai 55 tahun tetapi telah memenuhi syarat kelayakan caruman penuh atau syarat kelayakan caruman yang dikurangkan.

Syarat Kelayakan Caruman
Kelayakan caruman penuh atau caruman yang dikurangkan bagi tuntutan faedah pencen penakat adalah sama dengan syarat kelayakan caruman bagi pencen ilat.

Kadar Pencen Penakat Yang Akan Dibayar
• Jika seseorang yang meninggal dunia itu adalah penerima pencen ilat, kadar penuh pencen penakat adalah sama banyak dengan faedah pencen ilat yang diterimanya;
• Jika seseorang yang meninggal dunia itu bukan penerima pencen ilat, kadar penuh pencen penakat adalah 50% - 65% daripada gaji bulanan puratanya jika memenuhi syarat kelayakan penuh (bergantung kepada bilangan caruman yang dibuat); atau
• Kadar penuh pencen penakat adalah 50% daripada gaji bulanan puratanya jika memenuhi syarat kelayakan caruman yang dikurangkan; dan
• Bayaran minima pencen bulanan adalah sebanyak RM475 sebulan (berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012).

 

Cara Tuntutan
i- Jika ada balu, duda atau anak, pemohon hendaklah menyerahkan:
• Borang Permohonan (Borang 24);
• Permit Pengebumian/Sijil Kematian Pekerja*;
• Sijil Kelahiran bagi anak di bawah umur 21 tahun*;
• Sijil Daftar Perkahwinan/Sijil Nikah*;
• Kad Pengenalan balu/duda atau penjaga (mana berkenaan)*; dan
• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon.

ii- Jika tiada balu, duda atau anak yang layak, pemohon hendaklah menyerahkan:
• Borang Permohonan (Borang 24);
• Permit Pengebumian/Sijil Kematian Pekerja*;
• Sijil Kelahiran pekerja yang meninggal dunia*;
• Sijil Kelahiran kesemua adik-beradik (jika berkenaan)*;
• Kad Pengenalan ibu/bapa atau penjaga atau nenek (jika berkenaan)*; dan
• Nombor dan salinan buku akaun bank pemohon.
 
*Salinan asal diperlukan untuk pengesahan PERKESO.


Pembahagian Faedah
Berikut adalah pembahagian syer mengikut keutamaan:-

Tanggungan Bahagi atas kadar harian penuh Syarat
Balu atau Duda 3/5 Terima faedah seumur hidup meskipun balu atau duda berkahwin semula mulai atau selepas 1 Mei 2005
Anak - Semua anak yang memenuhi syarat layak
mendapat faedah termasuk anak kandung,anak tiri yang disara,anak angkat atau anak luar nikah
2/5 Terima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal)
Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat Ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)
Bagi anak yang terencat akal atau cacat anggota dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, terima faedah selama anak itutidak berupaya menyara kehidupannya.


Jika tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, faedah pencen penakat hendaklah dibayar kepada:-

Tanggungan Bahagi atas kadar harian penuh Syarat
Ibubapa 4/10 Terima faedah seumur hidup
Adik-beradik 3/10 Terima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (yang mana lebih awal)
Datuk nenek
(Sekiranya ibubapa tiada)
4/10 Terima faedah seumur hidup

 

Tahukah Anda?

Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan anda gagal mencarum untuk anda dengan PERKESO. Sila semak status pendaftaran anda melalui eSemak atau di semua pejabat PERKESO yang berdekatan.

[ Laman ini dijana dalam masa 0.032 saat ]