• Memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan;
• Antara penyakit-penyakit kronik, penyebab keilatan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti sakit jantung, masalah buah pinggang, barah, sakit jiwa, asma, dan sebagainya;
• Pencen ini dibayar bermula dari tarikh notis ilatnya diterima oleh PERKESO atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas notis keilatan dikemukakan;
• Pencen ilat ini dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia mengikut mana yang lebih awal; dan
• Pencen akan digantikan dengan pencen penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima pencen ilat tanpa mengira umurnya.
Syarat Kelayakan Pemohon
• Belum mencapai umur 60 tahun pada masa notis ilatnya diterima;
• Sekiranya telah mencapai umur 60 tahun pada masa notis ilat diterima, pekerja perlu buktikan keilatan terjadi sebelum umur 60tahun dan tidak bekerja semenjak ia mengalami keilatan;
• Disahkan ilat oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan; dan
• Telah memenuhi mana-mana syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada kelayakan caruman penuh atau kelayakan caruman yang dikurangkan.
i-Kelayakan Caruman Penuh
Pekerja layak jika:

• Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis ilatnya diterima oleh PERKESO; atau
• Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Pencen Ilat dengan tarikh notis ilat diterima oleh PERKESO.

Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan.
Pekerja layak menerima pencen penuh dengan kadar 50% ke 65% daripada purata gaji anggapan bulanan.
Contoh 1
Permohonan dibuat pada 1 Januari 2011. Tempoh caruman ialah 40 bulan kebelakangan iaitu September 2007 hingga Disember 2010.
Rekod Caruman Pekerja
| Tahun | Bilangan Caruman Yang Dibayar |
| 2007 | 4 |
| 2008 | 12 |
| 2009 | 8 |
| 2010 | 0 |
| Jumlah | 24 |
Contoh 2
Pekerja mula layak di bawah Akta : 1 Julai 1995
Permohonan diterima : 1 Januari 2011
Tempoh 1 Julai 1995 hingga 1 Disember 2010 : 186 bulan
2/3 bilangan caruman diperlukan : 2/3 x 186 bulan = 124 caruman
Rekod Caruman Pekerja
| Tahun | Bilangan Caruman Yang Dibayar |
| 1995 | 6 |
| 1996 | 12 |
| 1997 | 12 |
| 1998 | 12 |
| 1999 | 12 |
| 2000 | 12 |
| 2001 | 12 |
| 2002 | 12 |
| 2003 | 12 |
| 2004 | 12 |
| 2005 | 8 |
| 2006 | 11 |
| 2007 | 0 |
| 2008 | 0 |
| 2009 | 0 |
| 2010 | 0 |
| JUMLAH | 133 |
Pekerja layak menerima pencen penuh dengan kadar pencen dikira seperti berikut :
50% + 133 - 24%
--------------------- = 59%
12
ii- Kelayakan Caruman Yang Dikurangkan
Pekerja layak jika:
• Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Pencen Ilat dengan tarikh notis ilat diterima oleh PERKESO;
• Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan. Pekerja layak menerima pencen dengan kadar yang dikurangkan iaitu 50% daripada purata gaji anggapan bulanan; dan
• Pencen minima adalah RM475 sebulan (berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012).
Contoh Pengiraan
Pekerja mula layak di bawah Akta : 1 Julai 1995
Permohonan diterima : 1 Januari 2011
Tempoh 1 Julai 1995 hingga 31 Disember 2010 : 186 bulan
1/3 bilangan caruman diperlukan : 1/3 x186 bulan = 62 caruman

| Rekod Caruman Pekerja | |
| Tahun | Bilangan Caruman Yang Dibayar |
| 1995 | 6 |
| 1996 | 0 |
| 1997 | 12 |
| 1998 | 0 |
| 1999 | 12 |
| 2000 | 2 |
| 2001 | 8 |
| 2002 | 0 |
| 2003 | 0 |
| 2004 | 12 |
| 2005 | 0 |
| 2006 | 0 |
| 2007 | 12 |
| 2008 | 0 |
| 2009 | 0 |
| 2010 | 0 |
| JUMLAH | 64 |
Pekerja layak menerima pencen dengan kadar yang dikurangkan iaitu 50%.
Cara Tuntutan
Untuk memohon, Orang Berinsurans hendaklah mengisi dan melengkapkan borang dan maklumat berikut:-
• Borang PKS (F) 41 (Notis Ilat);
• Laporan Perubatan (Lampiran 1– Format yang disediakan oleh PERKESO); dan
• Salinan Kad Pengenalan

Perhatian
PERKESO berhak menggantung pencen ilat dan merujuk semula kes kepada Jemaah Doktor sekiranya didapati seseorang itu bekerja semula dan memperolehi pendapatan melebihi 1/3 daripada gaji purata sebelum beliau menghidap keilatan.