Login

Login Close
Biru Coklat Kelabu
Default Blue Red Yellow Green
A+ R A- auto wide
vozme

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Laman Utama / e-Bayaran
A+ R A-

e-Bayaran

emel PDF

e-Bayaran merupakan kaedah terkini untuk pembayaran caruman bulanan PERKESO anda melalui perbankan internet. Majikan digalak menggunakan perkhidmatan ini yang mana data caruman majikan dan pekerja kini boleh dikemukakan dengan bayaran online yang mudah dan selesa.

Mengapa e-Bayaran?

+ Menjimatkan kos.
+ Pemprosesan terus dan segera dengan data majikan dan pekerja akan dikemaskini serentak ke
   pangkalan data PERKESO.
+ Selamat dan efisien.
+ Meningkatkan produktiviti.
+ Membantu meningkatkan kadar persaingan negara.
+ Mengurangkan kos percetakan borang manual dan cek.
+ Mengurangkan kos berkaitan pengangkutan, keselamatan, fraud dan kecurian.
+ Mengurangkan kos kakitangan dan pentadbiran.
+ Mengurangkan kos pengoperasian perniagaan yang mana transaksi perbankan boleh dilakukan
   daripada pejabat anda.

Sebelum Dan Selepas Menggunakan e-Bayaran

Sebelum Selepas
Dokumen pembayaran fizikal Dokumen pembayaran fizikal
Semakan & pengesahan pembayaran fizikal Semakan & pengesahan pembayaran fizikal
Key-in ke dalam sistem perakaunan Key-in ke dalam sistem perakaunan
Cetakan cek -
Semak & pengesahan cek -
Tandatangan cek -
Mengemukan bayaran kepada PERKESO/bank -
Masalah cek hilang/tidak ditunaikan -

Enam (6) Langkah Mudah Menggunakan e-Bayaran

+ Majikan perlu membuka akaun dengan mana-mana bank yang disenaraikan di bawah.
+ Majikan perlu mendaftar untuk perkhidmatan ini dengan menghubungi cawangan bank di mana akaun
   bank dibuka.
+ Majikan kemuka permohonan dengan mengisi borang berkaitan dan menamakan kakitangan yang
   akan melaksanakan pembayaran.
+ Majikan kemuka data caruman PERKESO mengikut format yang ditetapkan kepada bank untuk
   tujuan pengujian.
+ Bank akan menyemak serta menguji data caruman PERKESO yang dikemukakan. Majikan akan
   dimaklumkan oleh pihak bank setelah pengujian berjaya.
+ Setelah pengujian berjaya, majikan kini boleh memuat-naik data caruman PERKESO bersama arahan
   bayaran dengan mudah pada setiap bulan.

Senarai Bank Bagi Kemudahan e-Bayaran

maybank cimb pbb rhb eon
hongleong logocitibank logoambank logoalliance

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-

Nama No. Telefon E-mel
Norhashimah Mohd Hasim 03- 4264 5291 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Wan Nur Amilin Wan Ahmad Sukri 03- 4264 5456 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Rahil Safura Mustafa 03- 4264 5453 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Rohana Md Yusoff 03- 4264 5437 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Musliha Ahmad 03- 4264 5240 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Tahukah Anda?

Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan anda gagal mencarum untuk anda dengan PERKESO. Sila semak status pendaftaran anda melalui eSemak atau di semua pejabat PERKESO yang berdekatan.

[ Laman ini dijana dalam masa 0.023 saat ]