Majikan utama perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Akta. Jumlah caruman yang perlu dibayar hendaklah berpandukan kepada Jadual Caruman PERKESO.Rujuk Lampiran A - Jadual Caruman.
Kedua-dua kadar caruman tersebut adalah berdasarkan kepada jumlah gaji bulanan yang dibayar kepada seseorang pekerja berkenaan. Caruman perlu dibayar mulai bulan pertama pekerja itu diambil bekerja.
Jenis Dan Kategori Caruman
i- Jenis Pertama (Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat)

• Untuk pekerja yang berumur kurang daripada 60 tahun. Caruman dibayar oleh majikan dan pekerja untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
ii- Jenis Kedua (Skim Bencana Pekerjaan Sahaja)
• Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 60 tahun dan masih bekerja;
• Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 55 tahun ketika mula-mula mendaftar dan mencarum dengan PERKESO;
• Orang Berinsurans yang menerima pencen ilat yang masih bekerja dan mendapat kurang daripada 1/3 gaji bulanan purata sebelum mengidap keilatan. Di bawah jenis ini caruman dibayar oleh majikan sahaja untuk perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.

Takrif Gaji
Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Antara pembayaran-pembayaran berkenaan seperti:-
• Gaji pokok
• Kerja lebih masa
• Komisen
• Bayaran-bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya
• Elaun-elaun insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya.
• Caj perkhidmatan (Service Charge)
Contoh:
Gaji Pokok = RM1000.00
Elaun kerja lebih masa = RM250.00
Elaun sara hidup = RM100.00
Jumlah gaji = RM1350.00
Caruman yang perlu dibayar kepada PERKESO adalah sebanyak RM30.40 (Rujuk Lampiran A - Jadual Caruman). Walau bagaimanapun, pembayaran-pembayaran berikut tidak dianggap sebagai gaji iaitu:

• Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan wang pencen atau kumpulan wang simpanan
• Pembayaran ke atas tuntutan perjalanan
• Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja
• Bonus tahunan
Nota - (Bayaran-bayaran yang disenaraikan itu adalah sebagai contoh sahaja dan bukannya lengkap. Jika majikan berkehendakan apa-apa penjelasan berhubung dengan takrif ‘gaji', sila hubungi mana-mana pejabat PERKESO yang berdekatan).