1

1 GK_CLOSE
Biru Coklat Kelabu
Default Blue Red Yellow Green
A+ R A- auto wide
vozme

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Laman Utama / Return To Work
A+ R A-

Return To Work

Email Print PDF

 Program Return To Work  (RTW) telah mula diperkenalkan oleh PERKESO pada tahun 2007. Ia  adalah program pemulihan komprehensif dengan menggunakan kaedah pengurusan kes  dalam membantu pekerja yang alami hilangupaya akibat kecederaan atau penyakit  untuk dipulihkan dan  seterusnya dapat kembali semula ke alam pekerjaan lebih awal.

 

Kejayaan program Return To Work  ini  bergantung sepenuhnya kepada pengurusan kes yang baik.  Pengurusan kes yang dimaksudkan ialah  penglibatan Pengurus Kes dalam setiap kes yang mengikuti program ini dari peringkat awal hingga akhir  supaya ia diuruskan secara profesional dan sistematik bagi memastikan  matlamat  pemulihan dan kembali bekerja dicapai.

 

Proses pemulihan  RTW ini melibatkan beberapa peringkat disiplin dan namun prosesnya bukanlah sesuatu yang standard dan mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.  Setiap kes yang dirujuk akan melalui proses penilaian awal terlebih dahulu  oleh Pengurus Kes bagi mengenalpasti  keperluan pemulihan dan seterusnya merancang skop bantuan pemulihan yang boleh diberi kepada pekerja terbabit.   Mungkin antara individu terbabit memerlukan perkhidmatan pemulihan, khidmat kaunseling, psikologi, penilaian ditempat kerja dan sebagainya. Langkah ini di ambil bertujuan   memberikan pemulihan yang bersesuaian, mengenalpasti matlamat vokasional jangka panjang, membangunkan skill mencari dan kembali bekerja kepada pekerja berkenaan.

 

Pelaksanaan program ini ternyata mendapat sokongan positif dikalangan pekerja dan majikan yang melihatnya sebagai satu tanggungjawab sosial kerajaan membantu golongan yang hilangupaya ini untuk terus aktif dalam menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.  Sejak program ini diperkenalkan sehingga Disember 2010  seramai 2518  pekerja telah berjaya dipulihkan dan kembali bekerja.

Program ini dijalankan selaras dengan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 di bawah sekysen 57(1).

Kelayakan Untuk Mengikuti Program RTW :-

i-  Orang Berinsurans yang mengalami bencana kerja dan sedang menerima Faedah Hilangupaya Sementara
ii- Orang Berinsurans yang sedang menerima Faedah Hilangupaya Kekal dan telah disyorkan untuk menjalani pemulihan oleh Jemaah Doktor PERKESO, Jemaah Khas Doktor PERKESO dan Jemaah Doktor Rayuan
iii-Orang Berinsurans berumur bawah 50 tahun yang menerima Faedah Pencen Ilat dan telah disyorkan untuk menjalani pemulihan oleh Jemaah Doktor PERKESO, Jemaah Khas Doktor PERKESO dan Jemaah Doktor Rayuan

[ This page was generated in 0.030 seconds ]