Login

Login Close
Biru Coklat Kelabu
Default Blue Red Yellow Green
A+ R A- auto wide
vozme

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Home
A+ R A-

Penganugerahan Pingat Mahkota Wilayah

Write e-mail PDF
There are no translations available.

SUB 3741

PUTRAJAYA 1 Feb. - Sempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang di sambut pada 1 Februari 2012 baru-baru ini telah berlangsung satu majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 279 penerima di Istana Melawati, Putrajaya. Pada majlis berkenaan, Ketua Eksekutif PERKESO, Y.Bhg. Datuk K.Selvarajah telah turut dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk bersama 33 individu yang lain. Dengan penganugerahan ini, seluruh warga PERKESO turut merasa bangga kerana kepimpinan tertinggi organisasi PERKESO ini mendapat perhatian dan penghargaan daripada pihak kerajaan. Ini turut memberi makna betapa besarnya peranan serta sumbangan Ketua Eksekutif PERKESO dalam menerajui organisasi ini ke aras yang kini lebih cemerlang lagi terbilang di dalam mentadbir isu-isu keselamatan sosial di Malaysia. Semoga dengan pengurniaan darjah kebesaran ini, PERKESO akan terus meluncur lebih maju dan progresif di bawah pimpinan Y. Bhg. Datuk K.Selvarajah.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

[ This page was generated in 0.028 seconds ]